• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

18 Lelaki Ditahan Leka Bermain Judi Belangkas

oleh Ahmad Albab
12/03/2015
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Sebanyak 18 kaki judi yang sedang leka bermain ‘judi belangkas’ ditahan dalam operasi di sebuah rumah di Padang Serai, Kulim awal pagi semalam.

Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Zakaria Yusof berkata, dalam serbuan pada 1.30 pagi itu, polis turut merampas wang tunai RM23,173 serta pelbagai alat seperti meja panjang berlapik kanvas, mangkuk aluminium, piring, seramik serta buah dadu.

“Kesemua lelaki itu berusia lingkungan 20 dan 60 tahun, merupakan rakyat tempatan berasal dari Kedah dan Pulau Pinang.

“Ini kali pertama rumah ini diserbu dan kesemua tahanan masih direman,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah hari ini.

Kes disiasat mengikut seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu Zakaria berkata bagi tempoh Januari hingga Februari lepas, sebanyak 177 orang ditahan berkaitan loteri haram dan 431 orang bagi kes judi menggunakan mesin, di Kedah melibatkan rampasan 159 mesin judi. – BERNAMA

Tags: JUDI
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Kumpulan Lelaki Berjudi Tular, Jumlah Atas Meja Tak Beringat

Video Kumpulan Lelaki Berjudi Tular, Jumlah Atas Meja Tak Beringat

22/12/2025
0

KOTA KINABALU: Satu rakaman video memaparkan sekumpulan lelaki sedang mengira sejumlah besar wang tunai ketika dipercayai berjudi tular di media...

Judi Di Bengkel Kononnya Nak Cari Duit Beli Baju Raya, 14 Lelaki Ditahan

Judi Di Bengkel Kononnya Nak Cari Duit Beli Baju Raya, 14 Lelaki Ditahan

29/03/2025
0

GEORGETOWN: Sekumpulan 14 lelaki yang sedang asyik berjudi ditahan dalam serbuan di sebuah bengkel kereta di Jalan Sungai Pinang, di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd