• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Tua Cabul, Lancap Dalam Pesawat Tapi Krew Buat Bodoh

oleh
27/02/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

The incident happened on a Jetstar plane. Picture: Jetstar Airways

TOKYO – Seorang penumpang wanita syarikat penerbangan tambang rendah Australia, Jetstar mengalami pengalaman paling ngeri ketika duduk di samping seorang lelaki mabuk warga Jepun berusia 50 tahun baru-baru ini.

Akhbar tempatan pada Selasa melaporkan, mangsa yang enggan dikenali memberitahu teman lelakinya, Nathan Paterson, 29 tahun, dia dicabul sebelum suspek melancap tanpa sebarang tindakan pun daripada anak-anak kapal Jetstar.

Kejadian malang itu berlaku ketika pesawat Boeing 787-8 milik anak syarikat penerbangan kebangsaan Qantas dalam perjalanan dari Narita Tokyo pukul 11.25 pagi sebelum mendarat di Gold Coast, Australia pukul 8.03 malam.

Paterson mendakwa, warga emas tersebut mulanya meraba-raba tubuh teman wanitanya dari bahu sehingga ke paha sebanyak dua kali akibat mabuk minum enam botol minuman keras setelah pesawat penerbangan JQ12 itu berlepas.

BACA : Dicekup Melancap, Raba Wanita Dalam Tren Bawah Tanah

Tidak tahan dengan gelagat pencabulan itu, Paterson yang menghidu bau alkohol tersebut segera meminta krew kabin mengambil kesemua botol minuman berkenaan menyebabkan suspek tidak meneruskan lagi aksi seks lebih ganas.

Dia menyangka lelaki Jepun tersebut sudah kembali ‘sopan’ namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila suspek mengeluarkan sebuah majalah lucah tempatan dan mula menonton banyak foto ‘ranjang panas’ di laptop peribadi.

“Ketika dia khusyuk baca majalah porno itu, warga Jepun tersebut melorotkan seluar panjang hingga ternampak seluar dalamnya. Dia masukkan tangan dan mula melancap zakar selama 3 jam sampai terpancut air mani,” jelas Paterson.

Bimbang akan muncul masalah lebih buruk, Paterson dan kekasihnya cuba berpura-pura tidak nampak bagi mengabaikan aksi pelancapan tersebut tetapi mendakwa, krew pesawat JQ12 yang lihat kejadian itu tidak berbuat apa-apa pun.

Tiba di Gold Coast, pasangan kekasih Australia itu segera membuat laporan di balai polis lapangan terbang dan suspek yang tidak didedahkan identitinya itu berjaya ditahan pihak berkuasa untuk menjalani siasatan lebih lanjut.

Dia kemudian dihadapkan ke sebuah mahkamah Australia dan mengaku bersalah atas dakwaan berkelakuan tidak senonoh ketika dalam pesawat dengan dikenakan hukuman denda sebanyak A$2,125 (RM6,018) sahaja.

Paterson yang kesal dengan insiden itu hairan kru Jetstar sangat teruk dalam menangani masalah tersebut walaupun syarikat penerbangan berkenaan kemudian memasukkan nama warga Jepun itu dalam senarai daftar ‘dilarang terbang’.

Jetstar dalam pada itu memohon maaf kepada dua penumpang berkenaan dan akan melakukan penyiasatan dalaman terhadap anak kapal JQ12 yang didakwa berbuat ‘bodoh’ sepanjang kejadian separa lucah tersebut. – Agensi

Tags: lancapmabukrabazakar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wajibkan Pemandu Mabuk Tanggung Kos Sara Hidup Keluarga Mangsa – Firdaus Wong

Wajibkan Pemandu Mabuk Tanggung Kos Sara Hidup Keluarga Mangsa – Firdaus Wong

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung tampil menyuarakan pandangan tegas berhubung isu pemandu mabuk yang mengakibatkan kematian...

Takrif Semula Pendapatan B40, M40 Dan T20

Lelaki Mabuk Buat Kecoh, Gaduh Dengan Pekerja Restoran

24/02/2024
0

HULU SELANGOR: Berang dihalau kerana mengganggu pelanggan sedang menjamu selera, seorang lelaki dalam keadaan mabuk bergaduh dengan sekumpulan pekerja sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd