KANAK-kanak sering kali dijadikan bahan uji kaji atau lab rat untuk sesuatu projek yang dijalankan.
Ini kerana kanak-kanak memang terbukti bersikap jujur, kalau suka dia cakap suka, kalau tak suka terus dia buat muka ‘euwwww’!
Video di bawah ini menyaksikan bagaimana kanak-kanak ini mencuba pelbagai jenis sarapan dari serata dunia serta reaksi priceless mereka selepas menjamah sarapan yang diberi oleh krew video tersebut.
Antara sarapan-sarapan popular yang dihidangkan ialah sayur jeruk Kimchi dari Korea Selatan, minuman kopi dari Brazil, telur 100 tahun dari Vietnam dan roti disaluti chocolate rice dari Belanda.
Memang mengeletek hati tengok reaksi mereka ni. Jom saksikan! – MYNEWSHUB.CC