Kalau anda merupakan pengunjung tetap di gimnasium, pastinya anda sudah arif akan kegunaan mesin senaman ‘treadmill’ yang biasanya digunakan untuk senaman kardiovaskular seperti berjogging atau berjalan.
Bagaimanapun, sebuah klip video di laman sosial Facebook menunjukkan seorang lelaki menggunakan mesin berkenaan dengan gaya yang agak berbeza.
VIDEO : Reaksi Terkejut Tun Mahathir Yang ‘Priceless’
Dia menggunakan treadmill dengan melakukan senaman seperti menari dengan pelbagai gaya yang mirip kepada gaya ‘breakdance’.
Lelaki itu mempunyai badan yang agak tegap mungkin sudah terlalu lama menggunakan mesin ‘treadmill’ setiap kali bersenam.
Pengalaman itu membuatkan dia begitu arif menggunakannya sampaikan pergerakan yang dilakukan tidak pula dia terjatuh.
– MYNEWSHUB.CC

