• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

60 Tahun Tanpa Trofi, Bukan Ukuran Bakat Seniwati Mariani

oleh Ahmad Albab
17/02/2015
dalam Artis
1
Share on FacebookShare on Twitter

PERJALANAN seni Mariani Ismail telah menjangkau lebih 60 tahun, dan pada usia 81, seniwati ini sudah melakonkan pelbagai watak dalam lebih 30 filem, namun trofi pelakon terbaik tidak pernah menjadi miliknya.

Begitupun Mariani tidak berasa tercabar apabila anugerah pelakon wanita terbaik dimenangi ramai pelakon muda, malah terbaru digenggam pelakon cilik Puteri Balqis Azizi, pada Anugerah Skrin dan Anugerah Televisyen Asia di Singapura.

“Puteri Balqis layak kerana kanak-kanak itu memang berbakat (usianya baru tujuh tahun). Balqis pernah berlakon sebagai Saloma waktu kecil dalam drama Saloma Biopik tahun lalu,” katanya kepada Bernama. (Dalam drama itu Mariani turut melakonkan satu watak kecil).

Mariani, kakak kepada Allahyarham biduanita Saloma, lebih berbangga mengimbau zaman kegemilangan filem Melayu di Jalan Ampas, Singapura sekitar tahun 60-an.

“Banyak filem lakonan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee (iparnya) dipertandingkan hingga ke Tokyo dan Hong Kong.

“Mummy (membahasakan dirinya) tidak bernasib baik kerana filem lakonan mummy tidak dipertandingkan. Arwah P.Ramlee pernah berkata jika filem lakonan mummy dipertandingkan, mummy berpeluang untuk menang,” katanya.

Sejak pembabitannya sebagai anak seni pada tahun 1953, pelbagai watak telah dilakonkan Mariani – orang gila, hantu, mak tiri, isteri jahat dan lain-lain.

“Tapi Mummy paling suka watak garang,” katanya.

Walaupun ramai peminat dan banyak pujian diterimanya dalam dunia lakonan, hingga diangkat sebagai seniwati, tiada karakter lakonannya yang melayakkan beliau memenangi trofi pelakon wanita terbaik dalam mana-mana pertandingan filem atau drama.

Yang paling hampir, Mariani pernah dicalonkan untuk kategori pelakon terbaik bagi pertandingan ‘Tribute to P.Ramlee’ melalui drama Hanya Dikau dua tahun lepas, namun tewas kepada pelakon Datuk Ahmad Tamimi Siregar, berdasarkan undian peminat.

Bagaimanapun bakat dan jasa Mariani dalam bidang seni dan perfileman tidak dipandang sepi oleh peminat dan penggiat industri ini.

Beliau pernah memenangi trofi bagi kategori Artis Veteran pada Anugerah Bintang Popular 2004 selain menerima pengiktirafan sebagai Artis Sepanjang Zaman bersempena Anugerah Sri Temasek di Singapura dua tahun lepas.

Seniwati Mariani dilahirkan pada 20 April 1933 di Tanjung Pagar Singapura dan hasil tiga perkahwinannya, beliau dikurniakan 13 cahaya mata.

Antara yang menjejaki langkahnya sebagai anak seni ialah pelakon Rozita Rohaizad dan Melisa Saila.

Filem popular lakonan Marini ialah Labu Labi (1962), Nasib Si Labu Labi (1963), Tiga Abdul (1964), Masam-masam Manis (1965) dan Ahmad Albab (1968). – BERNAMA

Tags: seniwati
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jenazah Mariani Disemadi Bersebelahan Pusara Saloma

04/12/2015
0

KUALA LUMPUR - Jenazah seniwati Mariani atau Mariam Ismail selamat disemadikan bersebelahan pusara adiknya Puan Sri Saloma dan adik iparnya...

Bintang Air Mata.. Seniwati Neng Yatimah Semakin Uzur

03/03/2015
0

KUALA LUMPUR: Seniwati Neng Yatimah kini dikhabarkan semakin uzur sejak kematian menantunya, seniman Mustapha Maarof akhir tahun lepas. Bintang air...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd