• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan Balotelli Tiada Rasa Hormat – Gerrard

oleh Ahmad Albab
21/02/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Steven Gerrard menuduh rakan sepasukannya Mario Balotelli tidak memiliki rasa hormat selepas penyerang Itali itu mencipta kontroversi ketika perlawanan Liga Europa menentang Besiktas, awal pagi tadi.

Balotelli menjaringkan gol kemenangan The Reds pada minit ke-85 menerusi penalti yang memastikan kemenangan 1-0 tuan rumah di Anfield namun penalti itu dirampasnya daripada kapten, Jordan Henderson yang diarahkan melakukan sepakan.

Berlaku sedikit ketegangan dia antara Balotelli dan Henderson dan Gerrard, yang tidak beraksi pada perlawanan itu kerana cedera dan bertugas sebagai pengulas TV, tidak gembira dengan apa yang dilihatnya.

“Jordan sepatutnya mengambil penalti itu. Peraturan tetap peraturan. Ia sepatutnya Henderson. Mario tidak sepatutnya bersikap seperti itu,” kata Gerrard kepada ITV Sport.

“Tahniah juga kepada Mario, dia menjaringkan gol namun tidak baik untuk melihat dua pemain bertekak. Saya fikir Jordan mengendalikan situasi itu dengan amat baik.

“Dia dapat melihat Mario amat terdesak untuk menjaringkan gol. Jordan melangkah ke tepi pada masa yang sesuai dan mengendalikan sidang media selepas perlawanan dengan amat baik.

“Jordan adalah kapten dan Mario menunjukkan sedikit rasa tidak hormat di sana, namun dia menjaringkan gol yang penting.

“Saya fikir enam atau tujuh pemain mahu mengambil penalti itu jadi jika mereka semua bersuara mahu penalti itu, apa yang akan terjadi? Ada sebab mengapa peraturan dibuat.”

Balotelli di kelabnya sebelum ini sering diberikan tugas untuk mengambil penalti.

Begitupun, pada perlawanan itu, bekas pemain Manchester City itu hanya dimasukkan selama 22 minit. – Reuters

Tags: Liverpool
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Bintang Liverpool Sertai JDT

Bekas Bintang Liverpool Sertai JDT

21/03/2025
1

KUALA LUMPUR: Bekas bintang Barcelona dan ​Liverpool, Luis Garcia sah menyertai pasukan gergasi Liga Malaysia (Liga M), Johor Darul Ta'zim...

Real Madrid Aibkan Liverpool

07/04/2021
0

ANKARA - Kelab La Liga Sepanyol, Real Madrid meraih kelebihan dalam perlawanan pertama suku akhir Liga Juara-juara Eropah UEFA apabila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd