• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Seorang Pun Hadir Majlis Hari Jadi Kanak-Kanak Ini, Tetapi…

oleh AK-47
26/02/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

RUNTUN hati seorang ibu apabila tiada seorang pun rakan sekolah anaknya yang merupakan kanak-kanak autistik hadir pada majlis hari jadi kanak-kanak tersebut yang keenam, 8 Februari lalu di St. Cloud, Florida.

Ashlee Buratti, 25, sebelum itu telah menjemput 16 rakan anak lelakinya, Glenn, namun tiada siapa memberikan pengesahan untuk hadir ke majlis itu.

“Sebaik sahaja Glenn bangun daripada tidur, dia terus bertanya berapa lama lagi rakan-rakannya akan tiba,” katanya memetik laporan Mail Online.

Jawapan yang diterima daripada ibunya amat mengecewakan sehingga kanak-kanak itu mengalirkan air mata.

Sedih melihat reaksi anaknya, Ashlee meluahkan kekecewaan menerusi page Facebook, Osceola Rants, Raves and Reviews List menerusi status berbunyi:

“Saya tahu mungkin perkara ini agak bodoh untuk diperkatakan, tetapi hati saya begitu sedih mengenangkan anak saya. Kami menjemput semua rakan kelasnya ke majlis hari jadinya yang keenam. Tapi tiada seorang pun yang hadir.”

ashlee sc

Sebaik sahaja status tersebut dibaca oleh ahli page tersebut, mereka bertanya jika mereka boleh membawa anak-anak mereka menghadiri majlis tersebut.

Status itu juga tersebar hingga sampai ke pengetahuan pihak Pejabat Sherif Daerah Osceola yang kemudiannya meminta alamat keluarga Ashlee dan menghantar beberapa pegawainya dengan menaiki helikopter.

Tiada Seorang Pun Yang Hadir Ke Majlis Hari Jadinya, Tetapi...

Glenn yang sememangnya meminati pasukan penguatkuasa ternyata sangat teruja dengan kehadiran mereka, begitu juga kanak-kanak lain yang datang ke majlis Glenn di saat akhir bersama ibu bapa mereka.

“Ia sangat mengagumkan. Bila difikirkan semula, segalanya terjadi kerana tiada siapa hadir di majlis hari jadinya. Terima kasih..terima kasih,” ujar Ashlee dengan nada terharu.

– MYNEWSHUB.CC

Tiada Seorang Pun Yang Hadir Ke Majlis Hari Jadinya, Tetapi...

Tiada Seorang Pun Yang Hadir Ke Majlis Hari Jadinya, Tetapi...

Oleh: Elza

Tags: berita luar negaraHARI JADIkanak-kanakstatus facebook
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd