• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pakar Dakwa, Putin Yang Arah Rampasan Pesawat MH370

oleh Ahmad Albab
27/02/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

malaysia-airlines-airbus-a330-plane

DALAM satu teori terbaharu dinyatakan seorang pakar, pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang secara misteri sampai ke hari  ini telah dirampas atas arahan Presiden Rusia, Vladimir Putin sebelum didaratkan secara rahsia di Kazakhstan.

Jeff Wise berkata, perampas dipercayai telah memalsukan data navigasi pesawat untuk memperlihatkan kononnya ia terbang ke arah lain, namun sebenarnya ia terbang menuju Baikonur Cosmodrome yang terletak di Kazakhstan, tak jauh dari Rusia.

TERDAHULU: Pendedahan Mengejutkan, MH370 Diterbangkan Ke Antartika?

Menurut Wise, penulis sains yang turut terbabit dalam liputan siaran CNN tentang tragedi MH370 sebelum ini, menyatakan bahawa teori mengejutkan itu diramal berdasarkan isyarat ping pesawat tersebut yang dikesan satelit Inmarsat milik Britain.

Tambahnya semua itu hanya helah yang dilakukan Rusia bagi mengaburi mata dunia dan mengalih tumpuan agar proses mencari dan menyelamat tertumpu di Lautan Hindi.

260B239500000578-0-image-a-4_1424795992818

Namun demikian ujarnya kepada New York Magazine, tujuan presiden tersebut melakukan hal demikian terhadap pesawat yang dipenuhi penumpang itu tidak jelas lantas menyifatkannya sebagai tindakan tidak siuman.

Memetik kenyataan Wise di portal Daily Mail pula, “Tujuh jam sudah memadai untuk kumpulan perampas melaksanakan rancangannya kerana tumpuan pasukan pencarian ketika itu di Laut China Selatan, sebelum akhirnya beralih ke Lautan Hindi.

260B561300000578-2967157-image-m-17_1424799036787

“Perkara pelik di sebalik rampasan ini ialah apa motif sebenar Putin ‘mencuri’ sebuah pesawat sarat dengan penumpang.

“Meskipun boleh dikatakan tidak masuk akal, Rusia cukup terkenal dengan pelbagai operasi khas yang akhirnya mempunyai tujuan tertentu,” katanya.

Wise turut mengandaikan Rusia mungkin bertindak merampas MH370 bagi menunjukkan kepada dunia, kecanggihan teknologinya mampu membuat serangan balas terhadap mana-mana musuh, pada bila-bila masa.

Bagi menguatkan lagi dakwaan tersebut, Wise berkata Putin mengarahkan rampasan tersebut dibuat sebagai reaksi terhadap sekatan pertama yang dikenakan terhadap Rusia sehari sebelum tragedi itu berlaku.

BERKAITAN: Penumpang MH370 Diisytiharkan Meninggal ‘In Absentia’

Apa pun, sehingga kini memang banyak teori ramalan pakar berkaitan MH370 telah dinyatakan dan ini cuma salah satu daripadanya.

Hakikatnya kehilangan pesawat tersebut masih meninggalkan seribu tanda tanya kepada dunia.

Di manakah kedudukan sebenar pesawat? Kenapa ia boleh hilang dari radar secara tiba-tiba? Bagaimanakah sebuah pesawat besar mampu lenyap dan gagal dikesan oleh satelit yang kononnya canggih? Siapakah sebenarnya yang bertanggungjawab atas keghaiban MH370?

Kurang dua minggu sebelum genap 365 hari kehilangan MH370, seluruh dunia masih bingung mengenangkan nasib penumpang dan anak kapal pesawat tersebut.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Laporan Berita Tentang Dakwaan Vladimir Putin Terlibat Dalam Rampasan Pesawat MH370

https://www.youtube.com/watch?v=Iqro_kvsGy8

Tags: MASMH370Nahas PesawatRusiaVladimir Putin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Peniaga Online Bakhil, Tak Mahu Pulang Baki Wang Pelanggan

Next Post

Tak Habis Lagi ‘Drama’? Emma Merajuk Lagi Dengan Zizan

Related Posts

Lawatan Rasmi PM Ke Rusia Tingkat Hubungan Kuala Lumpur-Moscow

Lawatan Rasmi PM Ke Rusia Tingkat Hubungan Kuala Lumpur-Moscow

13/05/2025
0

MOSCOW - Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Rusia adalah yang pertama bagi pemimpin negara ke Persekutuan...

Rusia, Belarus, Cuba Dan Korea Utara ‘Terselamat’ Perang Tarif

Rusia, Belarus, Cuba Dan Korea Utara ‘Terselamat’ Perang Tarif

04/04/2025
1

WASHINGTON - Beberapa negara terkecuali daripada senarai tarif timbal balik yang diperkenalkan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ketika...

Next Post

Tak Habis Lagi 'Drama'? Emma Merajuk Lagi Dengan Zizan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd