• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sukan SEA Di Singapura Lebih Kepada Ketengah Pelapis

oleh Ahmad Albab
02/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Penyertaan Malaysia pada Sukan SEA di Singapura Jun depan adalah lebih kepada mengetengahkan pelapis dan juga atlet pembangunan, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Katanya jika Sukan SEA sebelum ini, Malaysia memberi fokus kepada pungutan pingat emas iaitu berapa banyak pingat emas boleh dimenangi, tetapi kali ini dasar itu telah diubah.

“Jadi, kita menganggap Sukan SEA sebagai peringkat pembangunan dan kita hendak dedahkan pelapis kita. Oleh itu, kita tidak hanya boleh melihat kepada pingat emas semata-mata tetapi kita juga harus lihat kepada pingat secara keseluruhan dan juga prestasi pelapis kita.

“Cita-cita kita adalah lebih besar lagi seperti Sukan Asia dan Sukan Komanwel. Kalau setakat Sukan SEA, kita tidak akan sampai ke mana,” katanya pada sidang media selepas majlis perasmian program Fit Malaysia peringkat Negeri Sembilan 2015 oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan di sini, hari ini.

Mengenai persiapan kontinjen negara ke Sukan SEA Singapura Jun depan, beliau berkata setakat ini persiapan berjalan lancar dan ia sedang ditingkatkan.

Khairy berkata Malaysia akan menyertai 35 daripada 36 acara sukan yang akan dipertandingkan pada temasya sukan itu.

“Majlis Sukan Negara sedang memperhalusi acara dan juga atlet yang akan kita hantar ke Sukan SEA tersebut,” katanya.

Sementara itu, katanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri akan membuat pengumuman tarikh baharu sambutan Hari Sukan Negara 2015 tidak lama lagi memandangkan tarikh yang ditetapkan sebelum ini iaitu pada November adalah tidak sesuai kerana keadaan cuaca tidak menentu.

Katanya Kabinet juga setuju bahawa Hari Sukan Negara ini akan menjadi acara tahunan.

“Kita tetapkan Hari Sukan Negara ini pada hari Sabtu pada tarikh yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri. Hari Sukan Negara ini akan diadakan serentak di seluruh negara. Yang penting pada hari tersebut kita hendak melihat di seluruh negara dibanjiri dengan rakyat kita yang beriadah, bersukan dan yang terlibat dengan aktiviti kecergasan,” katanya.

Menteri Besar pula mencadangkan untuk mengadakan hari sukan Negeri Sembilan sebulan sekali.

Mohamad berkata hari sukan negeri itu akan dapat membudayakan konsep hari sukan itu. – BERNAMA

Tags: Khairy JamaluddinSukan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KJ Mohon Akaun UMNO Diaktifkan Semula, “Insya’Allah, I’m Coming Home”

KJ Mohon Akaun UMNO Diaktifkan Semula, “Insya’Allah, I’m Coming Home”

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memohon agar pemecatan keahliannya dibatalkan dan nombor...

Presiden UMNO Berjaya Bawa Pulang Tokoh-Tokoh – Khairuddin

Presiden UMNO Berjaya Bawa Pulang Tokoh-Tokoh – Khairuddin

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr. Khairuddin Takiri menyifatkan gagasan 'Rumah Bangsa' sebagai langkah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd