• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ini Dia Lima Wanita Terkaya Di Malaysia..!

oleh AK-47
21/02/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza menduduki tempat ketiga dalam senarai wanita paling kaya di Malaysia dengan hasil kekayaan bersih sebanyak RM50 juta.

Menerusi artikel disiarkan portal savemoney.my, turut tersenarai adalah bintang Hollywood kelahiran Ipoh, Perak Datuk Michelle Yeoh dan ratu skuasy negara, Datuk Nicol David.

Menduduki takhta wanita paling kaya di Malaysia ialah balu taikun Genting Highland, Tan Sri Lim Goh Tong iaitu Puan Seri Lee Kim Hua.

lee
Puan Seri Lee Kim Hua

1. Puan Seri Lee Kim Hua

Semenjak kematian suaminya yang merupakan pemilik pusat keriangan Genting Highland, Puan Seri dilaporkan telah mewarisi harta peninggalan mendiang sebanyak RM21.32 bilion!

yeoh1
Datuk Michelle Yeoh

2.  Datuk Michelle Yeoh 

Siapa yang tak kenal dengan pelakon Datuk Michelle Yeoh, 53, yang telah berjaya menempa nama di Hollywood. Kejayaannya bermula selepas mewakili Malaysia dalam pertandingan Ratu Cantik 1983 disusuli kecemerlangan dalam bidang lakonan apabila dipilih menjadi Gadis Bond menerusi filem Tomorrow Never Dies dan filem-filem blockbuster lain antaranya Crouching Tiger, Hidden Dragon dan Memoirs of a Geisha. Kekayaan yang dimiliki Michele dianggarkan berjumlah RM245 juta pada 2013.

siti
Datuk Siti Nurhaliza

3.  Datuk Siti Nurhaliza 

Memulakan karier seninya pada usia 16 tahun, Datuk Siti Nurhaliza terus mengembangkan bakat sehingga namanya sangat popular dan dikenali penduduk di seluruh Asia. Pada 2013 Siti, 36, dianggarkan mempunyai aset bersih sebanyak RM50 juta dan tersenarai sebagai salah seorang jutawan dalam bidang seni hiburan di Asia Tenggara.

pauline
Pauline Chai

4.  Pauline Chai 

Kes tuntutan penceraian Pauline Chai, bekas Ratu Cantik Malaysia 1969 boleh dikatakan paling mahal pernah direkodkan di mahkamah United Kingdom. Pauline menuntut setengah aset bekas suaminya, Tan Sri Dr. Khoo Kay Peng yang memiliki kekayaan sebanyak RM2.3 bilion. Suaminya merupakan ahli perniagaan yang memiliki rangkaian perniagaan kelengkapan perabot, Laura Ashley.

Dalam tuntutannya, Pauline menuntut sebanyak RM463,700 sebulan daripada bekas suaminya itu, yang mana merupakan perbelanjaan untuk tiket kelas pertama, resort lima bintang dan perbelanjaan untuk salon rambut sahaja pun sudah memakan belanja sebanyak RM2,444 sebulan!

nicol
Datuk Nicol David

5.  Datuk Nicol David 

Pemain skuasy nombor satu dunia, Datuk Nicol David, 32, dianggarkan mempunyai aset sebanyak RM1.4 juta pada 2013. Selain bergelar atlet, Nicol juga laku dilantik menjadi jurucakap serta duta beberapa produk sekaligus menjadikannya antara wanita paling kaya di Malaysia pada masa ini.

– MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=1m8REHPyxuo

Tags: kekayaan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kekayaan Mahathir Disahkan Berjumlah RM188 Bilion Oleh MSN

27/10/2021
0

Kekayaan luar biasa yang dimiliki Mahathir dianggarkan dalam nilai RM188 bilion

Lovemoney Anggar Kekayaan Mahathir Pada Nilai USD45 Bilion!

27/10/2021
0

SEBUAH laman web yang berdaftar dengan sebuah syarikat berpengkalan di England dan Wales baru ini mengeluarkan senarai puluhan pemimpin terkaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd