• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Senjata Api, Peluru Dirampas Dari Kapal Layar Asing Di Langkawi

oleh Ahmad Albab
16/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Polis Kedah merampas lima pucuk senjata api dan ratusan butir peluru dari sebuah kapal layar milik warga Afrika Selatan yang ditinggalkan di jeti Pulau Langkawi Khamis lepas.

Ketua Polis Negeri Datuk Zamri Yahya berkata, turut dirampas dari kapal layar itu termasuk tiga teleskop penembak tepat dan penyenyap bunyi serta tiga kelopak peluru pelbagai saiz untuk kegunaan senjata api terbabit.

“Kapal terbabit telah ditinggalkan di jeti Rebak Marina sejak Ogos tahun lepas oleh pemiliknya. Daripada pemeriksaan dengan Jabatan Imigresen, kami juga mendapati warga Afrika Selatan itu telah meninggalkan Malaysia,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kedah di sini, Isnin.

Katanya, semua senjata api berkuasa tinggi itu, ratusan peluru serta pelbagai kelengkapannya disembunyikan di bilik tidur kapal layar terbabit di bahagian belakang kapal berkenaan.

Ditanya sama ada rampasan senjata itu mempunyai kaitan dengan kegiatan militan, Zamri berkata polis masih menyiasat tentang motifnya.

Dalam dua kejadian berasingan pada Sept tahun lepas, Polis Kedah merampas 23 pucuk senjata api dan ribuan peluru dari kapal dagang asing yang berlabuh di Langkawi.

Menurut Zamri, pihaknya akan menjalankan siasatan sama ada kes rampasan senjata api terbaharu di Langkawi ini mempunyai kaitan dengan kedua-dua kes sebelum ini yang juga melibatkan warga Afrika Selatan.

“Kami memandang serius perkara ini kerana kami jumpa raifal di Langkawi dalam keadaan tidak diisytiharkan oleh pihak berkaitan,” katanya dan menambah, penemuan teleskop penembak tepat bersama-sama senjata api itu juga menggusarkan pihaknya.

Pemilik senjata api warga asing yang menggunakannya untuk tujuan melindungi kapal-kapal mereka sepatutnya memohon permit daripada polis sebelum pihak berkuasa menimbangkan kebenaran untuk membawa serta menggunakan senjata itu, katanya.

Tetapi di dalam kes ini, ia adalah kesalahan yang jelas kerana pemiliknya tidak mempunyai permit terhadap senjata-senjata itu, kata Zamri.

Kes itu disiasat di bawah Akta Senjata 1960, katanya.

Menurut Zamri, Polis Kedah dan Bukit Aman akan berhubung dengan Kedutaan Afrika Selatan untuk mengesan warganya yang memiliki kapal layar itu serta menyelidik latar belakangnya sama ada memiliki rekod polis atau tidak.

Katanya, ini merupakan kali pertama lelaki Afrika Selatan berusia 40-an itu memasuki Langkawi dan destinasi sebelum serta seterusnya selepas meninggalkan pulau peranginan itu juga masih disiasat.

Ketua Polis Kedah itu berkata, pemilik bot atau kapal asing perlu memaklumkan kehadiran mereka di perairan Langkawi kepada Jabatan Laut, sebelum berurusan dengan pemilik jeti untuk menempatkan bot mereka.

Mereka juga perlu membuat pengisytiharan kepada pihak Kastam tentang barangan yang dibawa oleh bot atau kapal mereka, katanya.

Pemilik juga perlu mengambil semula bot dan kapal mereka selepas tiga bulan menempatkannya di jeti, katanya. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=tfS5VHjsU2Q

Tags: Pistolwarga asing
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerajaan Bina Laluan Baharu Pahang Skills

Next Post

Jika Bukan Penyanyi, Siti Nurhaliza Boleh Jadi Chef Terkenal!

Related Posts

Gara-Gara Gagal Dapat Bilik, 3 Warga Asing Ditahan Cetus Pergaduhan

Gara-Gara Gagal Dapat Bilik, 3 Warga Asing Ditahan Cetus Pergaduhan

22/04/2025
0

BENTONG – Dua lelaki dan seorang wanita warga asing ditahan susulan insiden pergaduhan yang berlaku di dalam sebuah kasino di...

‘Ketika Ditahan, Dia Simpan 9 Pasport Pakistan, 2 Pasport Sri Lanka Dalam Baju Sejuk Dipakainya…’

‘Ketika Ditahan, Dia Simpan 9 Pasport Pakistan, 2 Pasport Sri Lanka Dalam Baju Sejuk Dipakainya…’

28/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai Jabatan Imigresen ditahan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan membawa masuk warga asing tanpa menjalani pemeriksaan di...

Next Post

Jika Bukan Penyanyi, Siti Nurhaliza Boleh Jadi Chef Terkenal!

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd