MALANG sememangnya tidak berbau.
Demikian nasib seorang gadis yang maut digilis kereta di Jalan Kuching menghala ke pusat bandar raya berhampiran bulatan Segambut, pagi tadi.
Kejadian kira-kira pukul 9.30 itu mengakibatkan mangsa, Ho Mei Theng, 20, yang menunggang motosikal maut di tempat kejadian.
Mangsa dikatakan dalam perjalanan menghantar ibu angkatnya ke tempat kerja di Kampung Attap.
Memetik laporan Harian Metro, jurucakap polis trafik berkata, siasatan awal mendapati motosikal dinaiki mangsa bergesel dengan kereta jenis Mazda 3 sebelum hilang kawalan dan terbabas.
“Kedua-duanya tercampak di atas jalan raya sebelum mangsa digilis kenderaan tidak dikenalpasti yang kemudiannya melarikan diri,†katanya.
Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat manakala ibu angkatnya mengalami cedera parah. – MYNEWSHUB.CC
Video Remaja Kemalangan Maut (Bukan Kes Diatas)
https://www.youtube.com/watch?v=Eejd6hKgtkk

