• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Robot Jadi Teman Hidup Popular Warga Jepun

oleh Ahmad Albab
25/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISUMI – Asap setanggi berkepul-kepul keluar daripada sebuah kuli Buddha, manakala Sami membacakan mantera untuk si mati. Ia adalah upacara sebenar, cuma yang terlantar di mimbar bukanlah orang tetapi robot anjing yang sudah menjadi fenomena di Jepun.

Peranti itu yang dipanggil ‘AIBO’, robot teman ria kegunaan isi rumah pertama seumpamanya, dilengkapkan cip Kepintaran Rekaan (AI) yang membolehkannya membangunkan personaliti sendiri.

“Saya dapati pemilik percaya robot berkenaan mempunyai roh sendiri,” kata Nobuyuki Narimatsu, 59, pemilik sebuah syarikat baik pulih elektronik yang mengkhusus kepada produk vintaj.
Sony melancarkan generasi pertama AIBO pada Jun 1999, yang mana kumpulan pertama mencatat jualan 3,000 unit dalam tempoh 20 minit walaupun harga seunit lebih AS$2,000 (RM7,268).

Dalam tempoh beberapa tahun berikutnya, lebih 150,000 unit sudah dijual dalam pelbagai varian.

Anjing robot berkenaan dilengkapkan dengan pelbagai pengimbas, kamera dan pembesar suara. Malah, generasi terkini boleh bercakap.

Bagaimanapun menjelang 2006, Sony dilanda masalah apabila model perniagaannya tidak dapat dipertahankan dan ia berhadapan saingan sengit dalam pelbagai bidang. AIBO, peranti atau alat permainan mahal, malah kadang kala dianggap remah, terpaksa dihentikan keluaran.

Sony menutup ‘Klinik AIBO’ pada Mac 2014. ..dan sejak itulah bermulanya detik sukar bagi pemilik AIBO termasuk Hideko Mori, 70, yang menjadikan AIBO teman rapatnya selama lapan tahun.

“AIBO memang senang dijaga, ..saya tidak pernah sangka akan ada penghujung kepada hayatnya,” katanya.

Kepada pemilik AIBO selepas itu, kerosakan robot mereka sukar dibaiki kerana ketiadaan komponen. Jika ada sekali pun, hanyalah dengan cara mengambil bahagian daripada AIBO lain yang sudah tidak lagi digunakan.

Pembaikan AIBO dilaksanakan syarikat A FUN, yang terdiri daripada bekas jurutera Sony.

Bagi penyelia di A FUN, Hiroshi Funabashi, pemilik AIBO tidak menganggap robot itu sebagai mesin sebaliknya sebahagian ahli keluarga.

Dalam pada itu, Bungen Oi, seorang sami di kuil Kofukuji, Isumi berkata dia terkejut dengan sikap taasub pemilik terhadap robot mereka.

“Pada masa depan, kita akan dapat lihat sejauh mana manusia terikat dengan robot yang menjadi sebahagian hidup mereka,” katanya.

Sementara itu, gergasi telekomunikasi Jepun, Softbank mengumumkan akan mula menjual robot berbentuk manusia dikenali Pepper menjelang pertengahan tahun ini pada kos dianggarkan AS$2,000 seunit.

Walaupun bukan untuk membantu membuat kerja rumah, Pepper disasar menjadi teman rapat pengguna menerusi keupayaannya membangunkan personaliti sendiri seperti juga yang pernah dialami pemilik AIBO sebelum ini. – AFP

Tags: robot
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Robot Catur Patahkan Jari Budak 7 Tahun

Robot Catur Patahkan Jari Budak 7 Tahun

26/07/2022
0

MOSCOW – Sebuah robot pemain catur mematahkan jari lawannya iaitu seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dalam satu kejohanan di Moscow,...

10 Buah Robot Lakukan Kerja Sanitasi Di Makkah

08/06/2021
0

SEBANYAK 10 buah robot kini digunakan bagi kerja-kerja sanitasi di Masjidil Haram, Makkah. Mereka dilengkapi dengan program khas bagi menganalisis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd