• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rang Undang-Undang Anti Keganasan Dibentang Mac

oleh Ahmad Albab
21/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Rang Undang-undang Anti Keganasan sedia untuk dibentangkan di Parlimen bulan depan, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata undang-undang itu penting untuk membendung pengaruh pengganas kerana peruntukan sedia ada kebanyakannya menguruskan perkara selepas kejadian.

“Mereka mempengaruhi remaja dan anak-anak kita. Mereka menggunakan pelbagai pendekatan. Mereka pergi ke universiti, ke sekolah-sekolah. Ini merupakan cabaran besar bagi Kerajaan, ” kata Junaidi Khamis ketika mengulas mengenai penahanan gadis berusia 14 tahun baru-baru ini yang disyaki cuba untuk menyertai Negara Islam (IS).

Gadis dari Muar itu telah ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) pada Selasa sebelum menaiki penerbangan ke Kaherah, di Lapangan Terbang Antarabangsa KL.

Junaidi berkata kumpulan pengganas menggunakan media sosial dan kaedah asas untuk menyebarkan pengaruh mereka dari dalam dan luar Malaysia.

“Jika seorang guru dipengaruhi, maka guru itu boleh mempengaruhi anak-anak orang lain, sebabnya itulah pihak polis sedang meningkatkan pengumpulan data perisikan mereka.

“Undang-undang pencegahan diperlukan supaya kita boleh mengambil tindakan sebelum sesuatu perbuatan dilakukan.”

Junaidi berkata kumpulan pengganas yang menyalahgunakan Islam sebagai alat politik merupakan ancaman kepada semua rakyat Malaysia, bukan sahaja orang Islam. – mStar Online

Tags: Rang Undang-UndangWan Junaidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Syor Benar Pecat, Dakwa PM Dibahas – Wan Junaidi

Syor Benar Pecat, Dakwa PM Dibahas – Wan Junaidi

11/07/2023
0

PETALING JAYA - Satu peraturan Dewan Rakyat perlu digubal untuk membenarkan usul mendakwa dan memecat Perdana Menteri boleh dibahaskan ahli...

Wan Junaidi Sedia Galas Jawatan Yang Dipertua Dewan Negara

Wan Junaidi Sedia Galas Jawatan Yang Dipertua Dewan Negara

16/06/2023
0

SHAH ALAM - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyatakan kesediaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd