• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Britain Makin Ramai Mula ‘Meluat’ Orang Yahudi

oleh
02/05/2018
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KETIKA media antarabangsa dikuasai Yahudi mempromosikan kekejaman militan Daesh termasuk kes terbaharu bakar hidup-hidup juruterbang tentera udara Jordan bagi bangkit rasa marah kepada Islam, lain hal pula di Britain.

Media tempatan melaporkan, insiden benci penganut Yahudi atau popular disebut sebagai anti-Semitik mencatat 1,168 kes pada 2014 di seluruh Britain; iaitu meningkat dua kali ganda berbanding tahun sebelumnya hanya 535 kes.

Ia didedahkan sebuah yayasan amal pemantau kadar jenayah, Community Security Trust (CST) dan data tahun lalu dianggap tertinggi sejak organisasi tempatan itu merekodkan secara rasmi kes anti-Semitik di seluruh negara pada 1984.

Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri Britain, Theresa May yang terkejut dengan laporan terbaharu itu mendakwa kerajaan amat prihatin dengan nasib penganut Yahudi sambil menegaskan: “Britain tanpa orang Yahudi bukanlah pun bernama Britain”.

CST dalam laporan itu mendedahkan, konflik berdarah di Gaza susulan penculikan dan pembunuhan tiga remaja Israel pada Julai lalu sehingga mencetuskan perang rejim Zionis ke atas wilayah Palestin itu menyebabkan peningkatan drastik sentimen anti-Yahudi.

“Mujur banyak kes tidak melibatkan keganasan fizikal serius tetapi lebih kepada grafiti ayat carut, ancaman lisan, kerosakan harta benda, diskriminasi layanan dan maki hamun berbaur perkauman,” kata ketua eksekutif CST, David Delew.

Polis dalam pada itu turut mengesahkan peningkatan kes ugutan bersifat jenayah dan mulai kerap melakukan rondaan di kawasan majoriti komuniti Yahudi ekoran serangan berdarah ke atas sebuah pasar raya milik Yahudi di Paris, Perancis awal 2015.

Masyarakat Yahudi di Britain dianggarkan kira-kira 300,000 orang dan mereka mula mendiami negara itu sejak tahun 1070 sebelum diusir keluar oleh Raja England pada 1275 kerana aktiviti riba menyebabkan rakyat menderita akibat faedah hutang besar.

Komuniti itu berhijrah ke Scotland yang masih membenarkan mereka tinggal di wilayah tersebut selain Poland, namun diizinkan memasuki semula England dan Wales pada tahun 1625, sebelum kembali menguasai sepenuhnya sektor ekonomi dan politik tempatan.

Kerajaan Britain bertanggungjawab dalam menubuhkan negara haram Israel menerusi Perjanjian Balfour bersama Persekutuan Zionis Great Britain pada 1917 dengan menduduki secara paksa tanah wilayah hak milik penduduk asal Palestin. – Agensi/HAA

Tags: BritainPalestinSemitikYahudiZionis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

18/12/2025
0

MOSCOW: Sebuah mahkamah yang dikawal Russia di Donetsk, Ukraine, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap seorang warga Britain...

Yasser Abu Shabab – Pengkhianat Bangsa Palestin Maut Dibunuh 

Yasser Abu Shabab – Pengkhianat Bangsa Palestin Maut Dibunuh 

05/12/2025
0

Oleh Mynewshub  Gaza/Al-Quds – Yasser Abu Shabab, individu yang selama ini digelar sebagai pengkhianat oleh penduduk Gaza kerana didakwa bersekongkol...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd