• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

QZ8501: Najib Ucap Takziah Pada Indonesia

oleh Ahmad Albab
07/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada Indonesia berhubung tragedi yang menimpa pesawat AirAsia Indonesia penerbangan QZ8501 pada akhir tahun lepas.

Perkara itu dizahirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika pertemuannya dengan Presiden Indonesia Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi di sini, hari ini.

“Saya juga menyampaikan ucapan takziah kerajaan dan rakyat Malaysia atas tragedi menyayat hati (pesawat) AirAsia yang telah berlaku sebelum ini,” kata Najib pada sidang media bersama-sama Jokowi di Bangunan Perdana Putra di sini.

Jokowi sedang dalam rangka lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia selepas dipilih sebagai Presiden Indonesia pada Oktober 2014.

Dalam tragedi pada 28 Dis itu, pesawat Airbus yang membawa 162 penumpang dan anak kapal hilang daripada imbasan radar semasa dalam penerbangan ke Singapura dari Surabaya, Indonesia.

Pesawat itu kemudiannya disahkan terhempas di perairan Pangkalan Bun, Kalimantan.

Penumpang pesawat itu terdiri daripada 149 rakyat Indonesia, tiga Korea Selatan, dan masing-masing seorang rakyat Singapura, Malaysia dan United Kingdom manakala kru penerbangan terdiri daripada enam warga Indonesia dan seorang rakyat Perancis.

Sehingga semalam, sebanyak 67 jasad penumpang telah dikenal pasti manakala 25 lagi masih dalam proses identifikasi di Hospital Bhayangkara, Surabaya. – BERNAMA

Tags: AirAsiaNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

20/07/2024
2

KUALA LUMPUR - AirAsia telah menyambung semula operasi daftar masuk secara dalam talian pada jam 2 petang tadi, selepas syarikat...

Ini Masanya Nak Cuba Aktiviti ‘Rare’ Di Auckland. AirAsia Tawar Promo Tiket Bermula RM1,199 Sahaja!

Ini Masanya Nak Cuba Aktiviti ‘Rare’ Di Auckland. AirAsia Tawar Promo Tiket Bermula RM1,199 Sahaja!

07/08/2023
0

Pasti ramai antara kita yang pernah mengimpikan untuk suatu hari melancong ke        New Zealand, negara yang memiliki...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd