• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pupuk Kembali Budaya Kunjung Mengunjung – Idris

oleh Ahmad Albab
20/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Budaya kunjung-mengunjungi rumah jiran dan rakan sekampung berbilang kaum ketika musim perayaan perlu dipupuk kembali dalam kalangan kanak-kanak, kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron.

Beliau berkata, pada masa sekarang budaya yang juga suatu tradisi masyarakat Malaysia itu semakin terhakis dan ia perlu dikembalikan bagi memperkukuh perpaduan masyarakat terutama yang berbilang kaum di negara ini.

“Ketika saya kanak-kanak pada tahun 70-an bila tiba Tahun Baharu Cina ini saya bersama sahabat saya pakat ramai-ramai pergi ke rumah anggota masyarakat Cina di kampung selalunya kami pergi rumah Ah San dapat angau 20 sen, rumah Yong Hock dan Ah Meng selalu dapat minum oren juga makan buah limau puas-puas.

“Budaya ini sebenarnya menambah kemesraan kami kanak-kanak dengan anggota masyarakat berbangsa lain di kampung malah mengajar kami tiada garis pemisah antara kaum di kampung kami, tetapi sekarang tidak ramai kanak-kanak didedahkan dengan perkara begitu,” katanya kepada Bernama di sini.

Idris berkata, pengalaman itu telah membentuk kemesraan dan perasaan tidak kekok ketika bersama masyarakat berbilang kaum di negara ini dalam dirinya terutamanya dalam usaha memahami isi hati mereka.

“Bila (bercampur) dengan masyarakat Cina dan India sebenarnya saya tidak pernah kekok kerana sejak kecil saya membesar dekat dengan mereka, malah saya melihat mereka seperti pakcik dan makcik saya. Ini yang perlu kita kembalikan di kalangan anak-anak kita,” katanya. – BERNAMA

Tags: Idris Haron
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Melaka Mengundi: Idris Haron Kecundang Di DUN Asahan (Tidak Rasmi)

20/11/2021
0

PETALING JAYA : Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Idris Haron kecundang di Dewan Undangan Negeri...

Royalti Pasir Melaka: SPRM Rakam Percakapan Idris Haron

08/10/2021
0

MELAKA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka telah merakam percakapan bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron mengenai dakwaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd