• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Program Pemulihan Banduan Berjaya Kurangkan Kes Berulang

oleh Ahmad Albab
27/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAJANG – Program pemulihan yang diberikan kepada individu yang menjalani hukuman penjara di negara ini memberikan kesan yang positif kepada banduan, dengan Malaysia mempunyai pencapaian yang baik dalam menangani kes berulang dalam kalangan banduan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kadar banduan yang mempunyai kes berulang atau residivis di Malaysia pada tahun lepas adalah sebanyak 7.6 peratus, berbanding negara lain di rantau Asean yang merekodkan kira-kira 25 hingga 35 peratus.

“Pendekatan terbaharu yang kita lakukan adalah dengan memberikan penekanan terhadap aspek-aspek pemulihan supaya mereka tidak lagi melakukan jenayah berulang dan kembali menghuni penjara.

“Dalam usaha itu, kami sedang dalam proses untuk memohon kepada Kementerian Kewangan supaya diizinkan penubuhan Yayasan Koreksional dan wangnya akan digunakan yayasan ini bagi mengukuhkan lagi program-program pemulihan kepada banduan secara holistik,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Kompleks Penjara Kajang di sini Jumaat.

Ahmad Zahid berkata Yayasan Koreksional itu kelak turut berperanan sebagai penyimpan akaun amanah daripada sebahagian perolehan institusi penjara yang boleh digunakan untuk pemulihan dan yuran pengajian banduan.

Ahmad Zahid berkata meskipun banduan menjalani hukuman penjara namun penekanan terhadap aspek koreksional perlu ditekankan untuk memastikan apabila mereka kembali kepada masyarakat mereka akan pulih sepenuhnya dan dapat menjadi anggota masyarakat yang baik di samping dapat menyumbang bakti kepada masyarakat.

Katanya antara program pemulihan yang diadakan ialah banduan dibenarkan menyambung pelajaran dan hasilnya 100 peratus daripada banduan yang menyambung pengajian mereka di peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana ketika menjalani hukuman penjara tidak lagi melakukan jenayah berulang selepas dibebaskan.

“Ketika ini terdapat 37 banduan di Penjara Kajang yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Terbuka Malaysia (OUM) iaitu 16 orang sedang menyambung pengajian di peringkat Diploma, 15 orang di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dan enam orang di peringkat Ijazah Sarjana.

“Daripada jumlah itu, seramai tiga orang telah menamatkan pengajian dan ketika ini sedang menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana,” katanya.

Ahmad Zahid berkata pengajian lanjutan ini juga akan diperluaskan di Pusat Koreksional Puncak Alam dan 100 orang banduan disasarkan untuk menyambung pengajian memandangkan terdapat kerjasama dengan Open University Malaysia dan Universiti Kuala Lumpur, tetapi ia bergantung kepada permintaan banduan itu sendiri.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata Program Sara Diri di mana pihak penjara menghasilkan sendiri produk makanan yang diusahakan oleh banduan di bawah Program Penjara, telah menjadi sebahagian daripada program pemulihan itu yang membantu menjimatkan kira-kira RM1.3 juta kos pengoperasian yang dilakukan melalui pengeluaran sara diri.

“Sebagai contoh kalau kita tender untuk pembekalan roti menelan kos sebanyak RM1.07 juta tetapi dengan pengeluaran sara diri hanya melibatkan kos sebanyak RM524,000. Kita juga buat penternakan ikan air tawar di mana jika kos tender RM852,000 sedangkan kos pengeluaran kita sendiri sebanyak RM414,000 manakala bagi buah-buahan dan sayur-sayuran hanya RM125,000 tetapi jika ditender menelan kos sebanyak RM451,000.

“Ada dua lagi penjara akan menjalankan pengoperasian kilang roti iaitu Penjara Kluang dan Penjara Tapah, Perak dan penjimatan dapat dipertingkatkan,” katanya.

Ahmad Zahid berkata hasil perolehan daripada produk penjara yang dihasilkan banduan seperti kuih, songket dan tenun pada tahun lepas adalah sebanyak RM28.8 juta, melepasi sasaran RM25 juta. – BERNAMA

Tags: PenjaraZahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kumpulan Ugut Bunuh KPN Patut Dikenakan Tindakan – MCPF

Next Post

Neelofa Mengamuk, Dress Merah AME2015 Digelar ‘Sotong’

Related Posts

Makan Ubat Gugur Kandungan Cukup Sifat, Wanita Dipenjara Sembilan Bulan

Makan Ubat Gugur Kandungan Cukup Sifat, Wanita Dipenjara Sembilan Bulan

23/05/2025
0

Melaka: Pekerja kafe dihukum penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini kerana menyebabkan janin berusia lima bulan...

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

11/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Gabungan parti dalam kerajaan MADANI, khususnya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), perlu disertai dengan kerjasama erat...

Next Post

Neelofa Mengamuk, Dress Merah AME2015 Digelar 'Sotong'

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd