• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Selamatkan Ratusan Budak Hamba Di New Delhi

oleh Ahmad Albab
02/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

New Delhi – Polis di India menyelamatkan ratusan kanak-kanak sekecil enam tahun yang dijadikan hamba hasil serbuan di beberapa kilang di Hyderabad.

Seramai 120 budak – yang kebanyakannya sakit, terlalu kurus dan dalam keadaan trauma – ditemui polis dalam serbuan di kilang yang membuat gelang serta barangan lain dalam sebahagian daripada usaha negeri itu menghapuskan penghambaan kanak-kanak.

Timbalan komisioner polis, V Satyanarayana berkata: “Ramai mempunyai sakit kulit kronik dan terlalu kurus kerana tidak diberi makanan dengan sempurna.”

Katanya, mangsa memberitahu mereka terpaksa bekerja sehingga 16 jam sehari tanpa diberi rehat, selain sering diugut dipukul atau dipaksa berlapar jika melanggar arahan.

Ramai mangsa datang dari kawasan miskin di Bihar selepas dijual ibu bapa dengan harga 5,000 hingga 10,000 rupee (RM290- RM585).

“Mereka disimpan dalam bilik kecil yang gelap tanpa ruang pengudaraan selain terdedah dengan gas berbahaya.

“Kami meneruskan kempen menghapuskan pemerdagangan manusia serta penghambaan ini,” kata Satyanarayana.

Polis mula melakukan serbuan besar-besaran terhadap puluhan kilang kecil yang terletak di lokasi tersorok di bandar terbabit hasil maklumat kumpulan hak asasi kanak-kanak.

Kira-kira 220 budak diselamatkan minggu lalu di kilang-kilang di selatan bandar itu.

Satyanarayana berkata, 31 ejen dan penjual ditahan serta didakwa atas tuduhan penghambaan kanak-kanak. Polis kini berusaha menyatukan mangsa bersama keluarga mereka.

Seramai 11 kanak-kanak dilaporkan hilang di India setiap jam dengan hampir 40 peratus gagal dikesan. Ramai dijual untuk menjadi pelacur dan hamba. – AFP

https://www.youtube.com/watch?v=ajbQVwbWRg0

Tags: Indiakanak-kanak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Leonardo DiCaprio Larang Rihanna Cacah Tatu

Next Post

Polis Selamatkan 100 Mangsa Pemerdagangan

Related Posts

Mayat Kanak-kanak Ditemukan Di Dalam Sungai

Mayat Kanak-kanak Ditemukan Di Dalam Sungai

28/05/2025
0

JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak ditemukan meninggal dunia di belakang Sutera Mall, Jalan Sutera Danga, di sini pagi tadi. Menurut...

Reman Bapa Mangsa Dera Dilanjut 5 Hari

Reman Bapa Mangsa Dera Dilanjut 5 Hari

24/05/2025
0

BAYAN LEPAS: Tempoh reman terhadap bapa kepada kanak-kanak berusia 12 tahun yang disyaki didera, di sini, dilanjutkan sehingga 29 Mei...

Next Post

Polis Selamatkan 100 Mangsa Pemerdagangan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd