• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Piala FA: Arsenal Layan Man United Di Suku Akhir

oleh Ahmad Albab
17/02/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Penyandang juara Piala FA, Arsenal menempah pertembungan menarik menentang satu lagi gergasi, Manchester United di suku akhir selepas undian yang dikeluarkan, awal pagi tadi.

Undian yang dibuat sebelum sepak mula perlawanan pusingan lima membabitkan Man United dan Preston itu menyaksikan Gunners sah berkunjung ke Old Trafford sejurus perlawanan berakhir.

United menang perlawanan itu 3-1 menerusi kebangkitan yang ditampilkan pada babak kedua untuk bertemu Arsenal yang kali terakhir ditentang di peringkat suku akhir pada 2011 yang berakhir kemenangan 2-0 buat United.

Arsenal menewaskan Hull City untuk menjuarai Piala FA musim lepas yang menamatkan kemarau sembilan tahun tanpa sebarang kejuaraan yang kali terakhir dimenangi sebelum itu pada 2005 – ironinya menewaskan United di final Piala FA.

Undian itu dijalankan oleh pengurus England, Roy Hodgson dan anak kepada legenda Preston, Tom Finney iaitu Brian Finney.

Kelab yang diberi gelaran ‘pembunuh gergasi’ Bradford yang sebelum ini menyingkirkan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea diundi bertemu kelab divisyen dua, Reading.

Selain Chelsea, satu lagi kelab EPL, Sunderland turut menjadi mangsa Bradford di pusingan lima pada pertemuan, kelmarin.

Dalam pada itu, peluang Liverpool untuk menghadiahkan kaptennya, Steven Gerrard aksi di Wembley pada ulang tahun hari lahirnya yang ke-35 kian menyala apabila dijadual menentang kelab Liga Kejuaraan, Blackburn di Anfield.

Gerrard sebelum ini membuat kejutan selepas mengesahkan akan meninggalkan Liverpool untuk menyertai kelab Amerika Syarikat, Los Angeles Galaxy di penghujung musim ini dengan penampilan di final Piala FA menjadi penutup kerjaya sempurna buatnya.

Satu lagi pertembungan membabitkan dua kelab EPL ialah Aston Villa yang diundi bertemu West Bromwich Albion di Villa Park. – AFP

Jadual perlawanan suku akhir Piala FA

Liverpool mln Blackburn

Bradford mln Reading

Manchester United mln Arsenal

Aston Villa mln West Brom

– AFP

Tags: Arsenal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan China ‘Pangkah’ Ozil

16/12/2019
0

BEIJING - Gara-gara menyatakan sokongan terhadap etnik Uighur di Xinjiang, stesen penyiaran kerajaan China, CCTV menarik balik siaran langsung perlawanan...

Ozil Kritik Umat Islam Abaikan Etnik Uighur

14/12/2019
0

BINTANG Arsenal, Mesut Özil mendakwa umat Islam hanya berdiam diri ketika etnik minoriti Uighur di Xinjiang ditindas di bawah kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd