• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pendidikan Tinggi Negara Kini Setaraf Peringkat Antarabangsa

oleh Ahmad Albab
22/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT – Pendidikan tinggi negara kini setaraf dengan di negara maju termasuk United Kingdom, Jerman dan Australia dari segi kualiti pendidikan, kata Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh.

Katanya, ini dibuktikan dengan terdapat lebih 135,000 pelajar asing sedang mengikuti pengajian di beberapa buah universiti tempatan yang meliputi 10 peratus daripada jumlah pelajar yang berada di pusat-pusat pengajian tinggi di negara ini.

“Dengan perkembangan ekonomi yang mantap dan kerajaan yang stabil serta pentadbiran kerajaan yang berjaya diuruskan dengan baik, kini pelajar asing yakin untuk mengikuti pengajian di negara ini berbanding sebelumnya,” katanya kepada pemberita di Jerteh hari ini.

Menurutnya, dengan perkembangan itu, Malaysia kini menduduki tempat ke-9 daripada 30,000 universiti di seluruh dunia yang menjadi tarikan pelajar asing untuk datang belajar dalam pelbagai bidang pengajian terutamanya dalam bidang Sains Persekitaran, Kejuruteraan, Pertanian dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).

Idris berkata Universiti Malaya (UM) kini berada pada kedudukan 151 (meningkat daripada 167) dalam senarai 400 institusi teratas di dunia dalam kajian universiti berprestij QS World Ranking 2014.

QS Quacquarelli Symonds yang berpangkalan di London merupakan pertubuhan yang menilai universiti di dunia menerusi ukuran reputasi akademik, reputasi majikan, nisbah pelajar kepada fakulti, kertas penyelidikan setiap fakulti, petikan setiap kertas, pengantarabangsaan dan program pertukaran pelajar.

Selain itu empat lagi institusi pengajian tinggi Malaysia yang telah meningkatkan kedudukan berbanding pada tahun sebelumnya iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di tempat 259 (tempat 269 tahun 2013) manakala Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di tangga 294 (355), kenaikan mendadak sebanyak 61 anak tangga.

Universiti Sains Malaysia (USM) pula berada pada kedudukan 309 dan Universiti Putra Malaysia (UPM) 376.

Menurut Idris, antara negara yang mula menghantar pelajar mereka untuk mengikuti pembelajaran di negara ini termasuklah dari Australia dan China.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai agar tidak terkeliru dengan fitnah yang dilemparkan oleh pemimpin pembangkang yang suka memburuk-burukkan kerajaan dengan menyatakan sistem pendidikan di negara ini masih mundur. – BERNAMA

Tags: Idris JusohPendidikan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KPM Sasar Sekolah Seluruh Negara Guna ‘Smartboard’ Menjelang 2027

KPM Sasar Sekolah Seluruh Negara Guna ‘Smartboard’ Menjelang 2027

18/04/2025
0

BAYAN LEPAS - Usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkasa transformasi digital dalam sektor pendidikan negara terus diperkukuh apabila sasaran untuk...

PRK Ayer Kuning: Pendidikan Antara Visi Utama Calon BN

PRK Ayer Kuning: Pendidikan Antara Visi Utama Calon BN

14/04/2025
0

TAPAH: Pendidikan menjadi antara visi utama calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd