• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelaksanaan GST Kurangkan Kadar ‘Ekonomi Terselindung’

oleh Ahmad Albab
25/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bermula 1 April ini dijangka dapat mengurangkan kadar ‘ekonomi terselindung’ Malaysia kepada 10 peratus berbanding 30 peratus sekarang.

Justeru, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan pelaksanaan GST amat penting kepada kebajikan rakyat dan negara.

“Saya tidak faham kenapa pembangkang berterusan menyokong cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

“Ini bererti mereka hendak melindungi ekonomi terselindung (iaitu) melindungi orang yang lari cukai dan menipu cukai,” katanya kepada pemberita selepas sesi penjelasan GST dan Bajet 2015 serta isu semasa kepada kira-kira 600 warga Polis Diraja Malaysia Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Ahmad berkata angka 30 peratus ekonomi terselindung itu yang didasarkan kepada jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara setiap tahun, dikeluarkan oleh Bank Dunia.

Katanya sehingga semalam, sebanyak 319,435 syarikat telah mendaftar bagi pelaksanaan GST yang dianggar dapat menambah pendapatan negara sebanyak RM1 bilion kepada RM24 bilion.

Beliau juga berkata prinsip pelaksanaan GST ialah lebih tinggi pendapatan lebih tinggi cukai yang perlu dijelaskan oleh pihak berkenaan.

“Mereka yang kurang pendapatannya akan dikenakan cukai yang kurang. GST progresif ini ialah GST Malaysia,” katanya dan mengulangi banyak barangan dikecualikan GST seperti barangan makanan dan minuman.

Ahmad juga berkata program penjelasan GST akan diteruskan sehingga Mei atau Jun ini bagi memastikan rakyat benar-benar memahami GST memandangkan banyak maklumat diputarbelitkan oleh pihak yang menentang pelaksanaan sistem cukai baharu itu.

GST akan dilaksana pada kadar enam peratus berbanding SST yang berkadar keseluruhan 16 peratus. – BERNAMA

Tags: Ahmad MaslanGST
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

VIDEO: Pasangan Korea ‘Ditelan’ Laluan Pejalan Kaki

Next Post

Merokok 100 Batang Sehari, Shahrukh Khan Ingin Berhenti

Related Posts

Permohonan Maaf: Najib Berjiwa Besar – Ahmad Maslan

Permohonan Maaf: Najib Berjiwa Besar – Ahmad Maslan

26/10/2024
0

Pontian : Permohonan maaf secara terbuka bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membabitkan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dianggap...

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Next Post

Merokok 100 Batang Sehari, Shahrukh Khan Ingin Berhenti

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd