• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pekerja Kitar Semula Didakwa Samun Lebih RM240,000

oleh Ahmad Albab
09/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang pekerja syarikat kitar semula hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan melakukan rompakan bersenjata dua tahun lepas.

R. Kunasekaran, 27, didakwa bersama empat lagi yang masih bebas, merompak secara berkumpulan menggunakan sebilah parang dengan mengambil mata wang pelbagai negara berjumlah RM243,920.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah premis perkhidmatan wang berlesen di Tesco Manjalara Kepong di sini pada 10.20 pagi, 26 Nov 2013.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan hukuman sebat jika sabit kesalahan.

Hakim Azman Ahmad membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan syarat tambahan iaitu dia tidak dibenarkan mengganggu saksi, dikehendaki melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Di awal prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Siti Aishyah Ahmad memohon supaya mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan kerana ia merupakan kesalahan serius namun V. Muniandy, peguam yang mewakili tertuduh, merayu dibenarkan jaminan memandangkan tertuduh perlu menyara isteri tidak bekerja.

Mahkamah menetapkan 27 Feb untuk sebutan kes. – BERNAMA

Video: 8 tahun penjara kes samun dan tikam pelajar UiTM Lendu

Tags: kes samun
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

WOW… Biar Betul Tasha Shila Antara 10 Artis Jadi ‘Escort Girl’?

Next Post

Pegawai Kerajaan Perlu Kuasai Bahasa Inggeris – Idris

Related Posts

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

16/03/2025
0

Kuala Terengganu: Lelaki yang ditembak mati di Besut pagi semalam dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di negeri ini dan...

Penyamun Bersenjata Kerambit Diberkas

Penyamun Bersenjata Kerambit Diberkas

12/05/2024
2

Kota Kinabalu : Penjenayah yang melarikan diri selepas menyamun sebuah kedai runcit di Kampung Mempikit Laut, di sini, menggunakan kerambit,...

Next Post

Pegawai Kerajaan Perlu Kuasai Bahasa Inggeris - Idris

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd