• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PBSNT Uji Pemain Korea Selatan Selasa Ini

oleh Ahmad Albab
19/02/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) akan menguji pemain dari Korea Selatan pada Selasa ini bagi mengisi kuota pemain import Asia menjelang jendela perpindahan pemain April nanti.

Setiausaha PBSNT Arpin Draman berkata pihaknya sedang mencari pemain import dari Asia setelah mereka kehilangan pemain import dari Lubnan, Hassan Moni Chaito.

Beliau memberitahu Bernama di sini hari ini, setakat ini, pihaknya belum memperoleh sebarang maklumat lengkap mengenai pemain berusia 31 tahun yang akan dibawa oleh ejen ke Terengganu itu.

Katanya sebelum ini persatuan itu merancang untuk menguji pemain dari Thailand tetapi malangnya pemain berkenaan tidak dilepaskan oleh sebuah kelab dari negara Gajah Putih itu.

Dalam perkembangan sama, Arpin berkata Terengganu telah didatangi seorang pemain import kelahiran Brazil yang memegang kerakyatan Timor Leste, Jaime Celestino Dias Braganca.

Beliau berkata pemain itu tiba di Kuala Terengganu dua hari lepas dan telah turun menjalani latihan bersama Pasukan Penyu mulai semalam, namun setakat ini belum ada keputusan mengenai pengambilan pemain itu. – BERNAMA

Tags: PBSNT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PBSNT Kekalkan Irfan Bakti Untuk Musim Depan

24/10/2018
0

KUALA TERENGGANU - Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) mengekalkan khidmat jurulatih Terengganu Football Club 1 (TFC 1) Irfan Bakti...

PBSNT Ingatkan Pemain Tak Terjebak Atur Perlawanan

09/04/2017
0

SETIU - Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pemain pasukan Terengganu dan T-Team, jika didapati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd