• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Putus’ Bukan Sebab Sharnaaz Tweet Shila Amzah

oleh Ahmad Albab
05/02/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pelakon Anis Al Idrus menjelaskan tindakan pelakon Sharnaaz Ahmad mengucapkan tahniah kepada bekas kekasihnya iaitu penyanyi Shila Amzah di Anugerah Juara Lagu 29 pada 28 Januari lalu bukan punca hubungan mereka berantakan.

Anis atau nama sebenarnya Sharifah Anis Syed Zainal Al-Idrus, 27, berkata, dia sudah terlalu dewasa untuk bersikap cemburu seperti itu, malah Sharnaaz sendiri sudah menjelaskan kepadanya tujuan ucapan tahniah hanya atas dasar profesional sebagai rakan artis semata-mata.

“Saya padam gambar-gambar tersebut bukan kerana cemburu Sharnaaz dengan bekas kekasih dia, bagi saya perkara itu sudah lama berlalu dan ia adalah masa lalu dia.

“Lagi pula Sharnaaz sendiri ada beri penjelasan pada saya kenapa dia berbuat demikian dan ia hanya atas dasar profesionalisme sahaja.

“Cuma ada perkara lain yang saya rasa tidak perlu berkongsi dengan peminat dan ianya terlalu peribadi antara saya dan Sharnaaz,” ujarnya kepada mStar Online, di sini, Isnin.

Anis berkata demikian ketika diminta mengulas tentang hubungannya dengan pelakon Sharnaaz Ahmad yang dikhabarkan sudah putus.

Hubungan tersebut dikatakan mula berantakan apabila Sharnaaz mengucapkan tahniah kepada Shila Amzah di Twitter selepas Anugerah Juara Lagu 29 lalu.

Anis kononnya cemburu dengan perkara itu dan bertindak memadamkan kesemua gambar-gambar mesra mereka. Manakala Sharnaaz pula memuat naik gambar-gambar berkaitan dengan luahan kekecewaan di laman sosial Instagram miliknya.

Mengulas perkara itu, Anis berkata, dia lebih selesa jika pelakon itu yang membuka mulut dan menjelaskan keadaan hubungan mereka kepada umum.

Katanya, sejak berkawan rapat dengan Sharnaaz, dia jarang mengeluarkan sebarang kenyataan tentang status hubungan percintaan tersebut.

“Saya tidak mahu komen tentang hubungan kami dan lebih baik biar Sharnaaz sahaja yang jelaskan kerana dia lelaki,” ujarnya.

Sementara itu, Anis berkata, dia kini sibuk mengacara rancangan Safiyyah terbitan RTM yang bakal ditayangkan pada April depan.

Selain itu, katanya, dia sedang sibuk dengan proses pembukaan butik Anis Al-Idrus Wardrobe yang bakal beroperasi di Alam Avenue 2, Shah Alam. – mStar Online

https://www.youtube.com/watch?v=wfnMcRwLL5U

Tags: Sharnaaz Ahmad
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Cerita Hobbit Penyebab Digantung Sekolah

Next Post

Zul Ariffin Takut Ambil Tawaran Filem

Related Posts

Sharnaaz Fail Nusyuz Terhadap Nabila

30/09/2019
0

KUALA LUMPUR - Kemelut perkahwinan antara pelakon popular Sharnaaz Ahmad dan isterinya Noor Nabila Mohd. Noor memasuki episod baharu apabila...

Noor Nabila Fail Permohonan Hak Jagaan Sementara Anak

19/09/2019
0

KUALA LUMPUR - Isteri kepada pelakon Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila Mohd. Noor memfailkan permohonan interim hadhanah (hak jagaan sementara) anak...

Next Post

Zul Ariffin Takut Ambil Tawaran Filem

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd