• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Orang Ramai Tidak Perlu Takut Kepada ‘Along’ – PKP

oleh Ahmad Albab
18/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sikap orang ramai yang takut membuat laporan mangsa penipuan peminjam wang Along menjadikan mereka (Along) nampak kebal daripada tindakan undang-undang, kata Yang Dipertua Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKP) Samsudin Mohamad Fauzi.

Biasanya keadaan ini berlaku, kerana peminjam kurang pendedahan kepada peraturan dan undang-undang pinjaman, menyebabkan mereka lebih rela terjerat dengan beban hutang yang tiada penghujung.

“Dengan terus membayar hutang bukanlah penyelesaian kerana ia memberi galakan kepada ‘lintah darat’ itu bermaharajalela meraih keuntungan daripada seksa hidup orang lain,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata sebelum membuat laporan polis, mangsa perlu mengumpul maklumat Along berkenaan termasuk jenis ugutan mereka, gambar, dokumen berkaitan dan sebagainya.

“Along juga manusia dan mereka mempunyai perasaan takut…mereka hanya bertemu mangsa sekali dua sahaja dan takut untuk bertemu lagi kerana bimbang akan terperangkap.

“Oleh itu saya nasihatkan mangsa agar segera membuat laporan polis kerana pembayaran bukan jalan penyelesaian bagi mereka yang dibelenggu hutang Along,”katanya.

Samsudin berkata orang ramai perlu sedar bahawa Along boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Pemberi Pinjaman Wang yang membawa hukuman denda tidak kurang RM20,000 atau penjara, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Beliau berkata bagi mengatasi kegiatan Along, perlu ada penyusunan semula undang-undang agar mereka ini tidak mudah terlepas dengan tindakan.

“Sebagai contoh Along yang ditangkap oleh pihak polis pernah terlepas daripada tindakan apabila terdapat individu yang datang ke balai yang mendakwa bahawa Along itu pekerjanya.

“Akhirnya ada Along yang hanya boleh dikenakan hukuman denda kerana langgar syarat lesen syarikat pinjaman wang,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ah Long
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lelaki Didenda RM3,000 Bantu Ah Long Pasang Iklan Pinjaman

Dua Lelaki Didenda RM3,000 Bantu Ah Long Pasang Iklan Pinjaman

07/09/2023
0

IPOH: Dua lelaki masing-masing didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membantu pemberi pinjaman wang tanpa...

Dah Bayar Tapi Along Dakwa Masih Hutang

Dah Bayar Tapi Along Dakwa Masih Hutang

17/07/2023
0

Kuala Lumpur : Baru hendak menarik nafas lega selepas berjaya menyelesaikan hutang pinjaman dengan Along sebanyak RM51,000 awal tahun ini....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd