• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kebocoran Maklumat, Ops BAH Siri Ke-9 Gagal?

oleh AK-47
26/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR - Sebanyak empat premis urut di Metro Perdana, Kepong diserbu dalam Operasi Banteras Aktiviti Haram (BAH) siri ke-9 yang dilakukan secara bersepadu oleh penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi membanteras aktiviti haram di sekitar ibu negara, semalam.

Dalam operasi yang melibatkan seramai 322 pegawai daripada 15 anggota penguatkuasaan kerajaan, operasi serbuan telah dibahagikan kepada 3 kumpulan di beberapa kawasan parlimen yang diantaranya di pusat bandar Kepong, Seputeh dan Bukit Bintang.

Sasaran utama operasi kali ini ialah pusat urut yang menjalankan aktiviti perniagaan yang menyalahi undang-undang.

Dalam operasi kumpulan A yang bermula jam 4.00 petang dan berakhir jam 8.00 malam, seramai enam pekerja asing telah ditahan kerana gagal menunjukkan dokumen perjalanan yang sah. Malah buat julung kali dalam Ops BAH, seorang majikan telah berjaya ditahan kerana menggaji pekerja tanpa permit.

Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Adnan Md Ikhsan berkata operasi kali ini menunjukkan kadar penangkapan yang menurun jika dibandingkan dengan Ops BAH sebelum ini.

DSC02796

Beliau berpendapat kemungkinan terdapat kebocoran maklumat mengenai serbuan kali ini kerana kebanyakkan premis-premis ini telah kosong. Kesemua mereka telah berjaya melarikan diri sebelum serbuan dijalankan.

“Kebanyakkan premis yang diserbu seakan dapat menghidu pergerakan anggota penguatkuasa walaupun sekitar kawasannya telah dipantau dan dikepong lebih awal.

“Namun, banyak kemajuan telah dicapai apabila dilihat kepada premis yang pernah diserbu sebelum ini tidak lagi membuka perniagaan mereka,” katanya ketika sidang media Ops Bah Siri Ke-9 di bilik gerakan DBKL, Jalan Pekeliling, di sini, Rabu.

Bagi premis yang diserbu tetapi telah dikosongkan lebih awal, tindakan tegas dilakukan termasuklah merobohkan bilik yang telah diubahsuai menjadi tempat urut.

DSC_0681 (1)

DSC_0603

Tindakkan sedemikian dilakukan bagi melumpuhkan kegiatan mereka yang gagal mematuhi undang-undang.

Turut dikenakan ialah notis amaran dan surat tunjuk sebab serta kompaun kepada pemilik pusat urut yang melanggar syarat lesen rumah urut yang diluluskan.

Antaranya menambah bilik sauna tanpa kebenaran serta gagal mematuhi syarat utama lesen iaitu bilik urut hanyalah dipasang tirai bukannya binaan tetap seperti dinding yang diperbuat dari patisyen.

DSC_0607

DSC_0663

Operasi Banteras Aktiviti Haram di Kuala Lumpur ini sudah memasuki siri ke-9 dalam tempoh 2 tahun ini.

Operasi yang menggabungkan kesemua agensi penguatkuasa serta penglibatan badan bukan kerajaan ini memfokuskan 6 elemen penting dalam membanteras aktiviti haram.

Antaranya 6 elemen yang digariskan dalam Operasi Banteras Aktiviti Haram di Kuala Lumpur ini ialah, Pusat Siber Judi Online, PATI, Penagihan Dadah, Pusat Hiburan Tanpa Lesen, Pusat Urut dan khalwat/maksiat. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=ellSpFB_cc8&feature=youtu.be

Oleh: HZQAHMD
Photo/Video: RIZA RAZAK

Tags: maksiatoperasirumah urut
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Nabila Huda Bengang Akaun FB Palsu Tipu Duit Peminat

Next Post

Ibu Zizan Bengang Anaknya Digosip Dengan Pegawai Astro

Related Posts

McDonald’s Gantung Operasi 30 Peratus Cawangan Di Jepun

McDonald’s Gantung Operasi 30 Peratus Cawangan Di Jepun

19/07/2024
0

TOKYO: Kira-kira 30 peratus daripada cawangan McDonald's di seluruh Jepun telah menggantung operasi akibat masalah mesin daftar tunai, kata unit...

3,000 Pengunjung Saksi Fenomena Laut Terbelah Di Langkawi

Ferrari Antara Kenderaan Disita Dalam Operasi

11/02/2024
0

Kuantan: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang menyita sebuah kereta Ferrari kerana didapati mempamerkan nombor pendaftaran milik kenderaan lain dalam Operasi...

Next Post

Ibu Zizan Bengang Anaknya Digosip Dengan Pegawai Astro

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd