• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Obama Kutuk Pembunuhan Tiga Penuntut Islam

oleh Ahmad Albab
14/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Presiden Barack Obama hari ini mengutuk pembunuhan ‘kejam dan mengejutkan’ tiga pelajar beragama Islam di Utara Carolina oleh seorang jiran mereka yang dikatakan anti-agama.

“Tiada siapa di Amerika Syarikat menjadi sasaran kerana siapa mereka, apa paras rupa mereka dan apa anutan mereka,” kata Obama dalam satu kenyataan, tiga hari selepas ketiga-tiga mangsa ditembak mati Selasa lalu.

Polis berkata, mereka masih menyiasat kejadian itu yang dipercayai tercetus kerana salah meletakkan kenderaan namun tidak menolak kemungkinan disebabkan jenayah kebencian.

Ahli keluarga mangsa bagaimanapun berkata, ketiga-tiga mangsa menjadi sasaran disebabkan agama yang dianuti mereka.

Obama berdepan kritikan antarabangsa kerana gagal memberi reaksi segera atas kematian tiga pelajar berkenaan – Deah Shaddy Barakat, 23; isteri barunya, Yusor Mohammad Abu-Salha, 21; dan adik perempuannya berusia 19 tahun, Razan Mohammad Abu-Salha.

Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) yang membuka inkuiri terhadap kejadian tembakan itu mendakwa ia dilakukan oleh Craig Stephen Hicks, 46, yang tampil menentang semua agama di laman Facebooknya.

Ketiga-tiga mangsa dikebumikan semalam dengan dihadiri ribuan orang ramai.

“Michelle dan saya merakam takziah kepada keluarga yang kehilangan orang tersayang. Apabila menyaksikan kehadiran yang begitu besar di upacara pengebumian remaja Amerika ini, kita adalah dari satu keluarga Amerika,” kata Obama.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, adalah salah seorang yang mengutuk Obama kerana mengambil sikap berdiam diri beberapa hari sejak kejadian serangan tiga remaja Islam itu.

TOPSHOTS-US-CRIME-SHOOTING

“Tiga orang Islam dibunuh di Utara Carolina dan Presiden Obama, (Setiausaha Negara) John Kerry dan (Naib Presiden) Joe Biden tidak satupun memberi kenyataan mengenainya,” kata Erdogan ketika lawatannya ke Mexico semalam.

“Sebagai ahli politik, kita bertanggungjawab terhadap setiap yang berlaku di negara kita dan kita perlu menyatakan pendirian kita,” katanya. – AFP

Tags: Barack Obama
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jho Low Bayar AS$20 Juta Untuk Bergambar Dengan Obama

Jho Low Bayar AS$20 Juta Untuk Bergambar Dengan Obama

19/04/2023
0

Ahli perniagaan dalam buruan Jho Low dikatakan membayar penyanyi rap Pras Michel AS$20 juta untuk bergambar dengan presiden AS Barack...

Obama Dakwa Penempatan Tentera Bermotif Politik

03/11/2018
0

MIAMI - Bekas Presiden Barack Obama menyifatkan tindakan Donald Trump menghantar ribuan tentera Amerika Syarikat ke sempadan Mexico bagi menyekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd