Selepas menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam LRT baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turun lagi bertemu dengan rakyat.
Di laman Twitternya, Najib memuatnaik gambar beliau meninjau Pasar Malam di Sri Serdang yang terletak berhampiran dengan pejabatnya di Putrajaya.
BACA JUGA – Hentikan Pertelingkahan Babit Perkauman – PM
Laman Facebook Najib Razak turut dimuatkan gambar-gambar aktivitinya itu.
“Baru sahaja melawat pasar malam di Sri Serdang.
“Ramai orang! Sempat juga berbual dengan para peniaga,” katanya di Twitter.
Lawatan Najib ini berkemungkinan pada masa sama mahu meninjau keadaan peniaga yang mungkin masih enggan menurunkan harga barangan biarpun harga minyak di negara ini sudah diturunkan.
Najib juga dilihat sempat merasa minuman yang dijual di pasar itu serta bersalaman dengan para pengunjung yang datang mencari barang keperluan di sana.
Rakyat ketika ini begitu mengharapkan para peniaga menurunkan harga barang yang dilihat masih tinggi biarpun harga minyak mentah dunia sudah turun.
– MYNEWSHUB.CC
Lawatan Najib Razak Ke Bandar Baru Selayang

