• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muhyiddin Tidak Tahu Anwar Pernah Ditawar Jadi TPM

oleh Ahmad Albab
24/02/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mahu terjebak dengan apa yang disifatnya polemik yang tidak menguntungkan ekoran dakwaan kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah ditawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Katanya, beliau tidak mengetahui tentang tawaran itu dan hanya mengetahui mengenai dakwaan itu melalui media.

“Saya tidak pasti apakah kenyataan itu benar ataupun tidak dan saya tidak mahu terlibat dalam polemik yang tidak menguntungkan,” katanya ketika diminta mengulas dakwaan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar bahawa bapanya pernah ditawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Ditemui pemberita selepas melancarkan Pelan Transformasi Minda Ke Arah Negara Bersih, Indah Dan Sejahtera 2015-2020 di sini hari ini, Muhyiddin berkata, ada isu yang lebih utama yang perlu dihadapi seperti isu ekonomi dan sosial.

“Soal-soal jawatan tidak menjadi perhatian penting bagi saya, kalau ada siapa buat tuduhan macam-macam itu hak mereka. Tapi kita orang yang faham, jangan mudah terperangkap hingga menjadikannya satu debat atau konflik yang tidak berguna. Saya tidak fikir itu yang dikehendaki rakyat Malaysia,” katanya.

Beberapa portal melaporkan bahawa Nurul Izzah mendakwa Anwar pernah ditawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri selepas PRU13 pada 2013.

Anwar kini menjalani hukuman penjara selepas Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lepas menolak rayuannya terhadap sabitan dan hukuman penjara kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008, dan mengekalkan hukuman penjara lima tahun.

Kepada soalan sama ada Umno mempunyai perasaan tidak senang dengan tindakan Ketua Pendakwa Raya kes Anwar, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mengadakan ceramah memberikan penerangan mengenai kes itu, Muhyiddin berkata itu adalah hak peguam terkemuka berkenaan.

“Itu hak dia (Shafee), beliau telah dijemput untuk memberikan penjelasan dan rakyat mahu mendengarnya. Shafee seorang yang pandai, kalau dia fikir sesuai, itu hak dia,” katanya. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Geng PKR Menikus, Keluarga Mohon Pengampunan Agong

Next Post

Penambahan Aset Perlu Bagi Menaikkan Imej JPAM

Related Posts

Sidang Kemuncak ASEAN: Senarai Lebuh Raya, Jalan Utama Ditutup, Dilencongkan

Sidang Kemuncak ASEAN: Senarai Lebuh Raya, Jalan Utama Ditutup, Dilencongkan

21/05/2025
0

Kuala Lumpur: Enam lebuh raya dan 25 jalan utama sekitar Lembah Klang akan ditutup dan dilencongkan bermula 23 hingga 28...

‘Sedekah’ RM649,150 Kepada Scammer

‘Sedekah’ RM649,150 Kepada Scammer

21/05/2025
0

Kuantan: Mudah sangat ditipu apabila seorang kerani sanggup menyerahkan wang berjumlah RM649,150 selepas dipelawa menyertai pelaburan tidak wujud melalui media...

Next Post

Penambahan Aset Perlu Bagi Menaikkan Imej JPAM

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd