• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mogok Lapar Di Rumah Mentua, Mahu Diterima Sebagai Menantu

oleh Ahmad Albab
21/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Patna (India) – Seorang pengantin baru di sini melancarkan mogok lapar di hadapan rumah mentuanya sejak tiga hari lalu bagi mendesak keluarga suaminya menerimanya sebagai menantu.

Wanita itu, Priti Kumari berkahwin dengan seorang guru, Dheeraj Kumar selepas lelaki itu diculik pada 21 April tahun lalu.

Bagaimanapun, Kumar mendakwa dia dipaksa berkahwin dengan Kumari dan dipukul apabila enggan berbuat demikian.

Selepas berkahwin Kumar dibebaskan dan dibenarkan pulang ke rumah, tetapi lelaki itu enggan menerima isterinya walaupun beberapa kali dirayu keluarga wanita berkenaan.

Kumari yang kecewa membuat satu majlis perkahwinan di luar rumah mentuanya di kampung Makdampur di negeri Bihar pada Hari Valentine lalu dengan harapan dia diterima sebagai menantu.

Usahanya sia-sia apabila keluarga mentuanya masih tidak membenarkan dia masuk ke rumah.

Sejak itu, Kumari berikrar melancarkan mogok lapar dan sanggup mati kebuluran daripada pulang ke rumah ibu bapanya.

Tindakan Kumari itu menyebabkan pihak berkuasa di negeri itu bingung dan menghantar sepasukan anggota polis untuk mengawasi keselamatan wanita itu serta pasukan perubatan bagi memantau kesihatannya.

“Saya sanggup mati daripada pulang ke rumah keluarga saya.

“Seorang gadis Hindu hanya berkahwin sekali dalam hidupnya,” kata Kumari yang menegaskan dia tidak akan menjamah sebarang makanan sehingga diterima keluarga mentuanya.

Keluarga Kumar berkata, mereka enggan mengiktiraf perkahwinan berkenaan kerana tidak mendapat restu kedua ibu bapa lelaki itu.

“Saya dipaksa berkahwin dengannya dan pihak polis juga sudah menahan tiga individu selepas saya membuat aduan, malah kes ini masih dibicarakan di mahkamah,” kata Kumar.

Perkahwinan paksa adalah perkara biasa di sebahagian negeri Bihar dan menurut polis, seramai 2,533 individu diculik untuk dikahwinkan sepanjang tahun lalu. – Agensi

Tags: Mogokpengantin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sanusi Diarah Bayar RM120,000 Kepada Mahfuz

Doktor Kontrak Tak Mogok Hari Ini

03/04/2023
0

KUALA LUMPUR: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menjelaskan tiada mogok doktor kontrak di kemudahan kesihatan awam di seluruh negara, hari ini....

Seluruh Perancis Lumpuh, Sejuta Mogok Bantah Usia Persaraan 64 Tahun

Seluruh Perancis Lumpuh, Sejuta Mogok Bantah Usia Persaraan 64 Tahun

31/01/2023
0

PARIS: Seluruh Perancis lumpuh apabila mogok besar-besaran dan tunjuk perasaan diadakan di negara itu buat kali kedua dalam tempoh sebulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd