• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MIC Perlu Selesai Kemelut Cara Politik

oleh Ahmad Albab
24/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemimpin MIC perlu menyelesaikan kemelut yang dialami oleh parti itu secara politik dan bukannya melalui tindakan perundangan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, masalah politik harus diselesaikan dengan kaedah politik dan jika persetujuan telah dibuat agar pemilihan perlu diadakan semula, pemilihan itu harus diadakan dengan cara demokratik.

Menurutnya, pemimpin MIC perlu mematuhi perlembagaan dan peraturan parti tersebut dan apa yang telah dipersetujui harus diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan secara politik.

“Kalau masalah parti tidak diselesaikan bagaimana mahu menyelesaikan masalah kaum India seperti pendidikan, sosial dan ekonomi mereka.

“Biar parti dipimpin oleh ahli yang layak untuk menjadi delegasi, berikan mandat kepada mereka (untuk memilih) pemimpin yang mereka perlukan, tidak akan selesai pertikaian jika terus dibawa ke mahkamah,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan rasmi ke Ibu Pejabat Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) di sini, hari ini.

Pada 9 Februari lepas, Ahmad Zahid berkata parti komponen BN itu perlu mengadakan pemilihan semula untuk semua jawatan yang dipilih antara April dan Julai tahun ini bagi mengelak daripada dibatalkan pendaftarannya akibat kemelut parti itu.

Krisis MIC timbul selepas wujud perbezaan pendapat apabila Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) membatalkan pemilihan tiga jawatan naib presiden dan 23 jawatan Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) pada pemilihan agung parti yang diadakan di Melaka pada November 2013 berikutan aduan penyelewengan.

Dalam surat bertarikh 5 Disember 2014, ROS mengarahkan MIC mengadakan pemilihan semula untuk jawatan itu dalam tempoh 90 hari.

Konflik parti bertambah hangat apabila Palanivel pada 14 Februari lepas, meminta ROS menarik balik semua suratnya kerana mendakwa ia bercanggah dengan akta pertubuhan dan perlembagaan parti serta mengancam akan mengambil tindakan undang-undang jika ROS tidak berbuat demikian.

Semalam, anggota Jawatankuasa Kerja Pusat MIC K. Ramalingam mengemukakan permohonan semakan kehakiman terhadap tindakan dan kenyataan yang dibuat oleh ROS dan Ketua Pengarah ROS Mohammad Razin Abdullah.

Pada sidang media hari ini, Ahmad Zahid juga berkata ROS akan menghantar pemerhati untuk membantu MIC melaksanakan apa yang tercatat dalam perlembagaan dan peraturan parti itu, dan tidak lebih daripada itu.

“Apa yang telah diputuskan oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan itu adalah berdasarkan kepada perlembagaan dan peraturan sedia ada dalam MIC,” katanya.

Menurutnya selaku Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab terhadap ROS, beliau tidak pernah campur tangan dalam urusan pentadbiran mana-mana parti politik termasuk MIC.

“Dalam pertemuan Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel dan Timbalannya Datuk Seri S.Subramaniam bersama Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri selaku Pengerusi dan Timbalan Pengerusi BN (Barisan Nasional) serta Setiausaha Agung BN dan saya sendiri selaku Menteri yang bertanggungjawab terhadap ROS, kedua-dua mereka bersetuju dengan semua yang tercatat dalam surat yang dikeluarkan oleh ROS,” katanya.

Pada 18 Februari lepas, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam satu kenyataan berkata bahawa Palanivel akan memanggil mesyuarat segera CWC 2009 untuk penubuhan sebuah Jawatankuasa Pemilihan Bebas dalam kalangan parti itu.

Tengku Adnan berkata perkara itu dicapai dalam mesyuarat peringkat tinggi BN yang dihadiri Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Palanivel dan Subramaniam dan beliau sendiri.

Tengku Adnan juga berkata perjumpaan itu mencapai keputusan untuk pemilihan semula MIC diadakan dan antara keputusan perjumpaan itu ialah untuk mengguna pakai senarai anggota CWC MIC tahun 2009 seperti yang diputuskan oleh ROS.

Ahmad Zahid berkata bagaimanapun Palanivel apabila bertemu dengan pengikutnya, beliau telah mengubah pendiriannya banyak kali dan sepatutnya sebagai pemimpin beliau harus menjelaskan persetujuan yang telah dicapai bukan mengikut apa yang pengikutnya sebutkan.

“Bagaimana nak selesaikan masalah parti kalau setiap kali keputusan yang dipersetujui akhirnya dirombak oleh beliau.
“Walaupun dari segi perlembagaan dan perundangan, beliau (Palanivel) dan parti MIC mempunyai hak untuk mengambil tindakan perundangan termasuk semakan kehakiman, bagi saya ini bukan masalah perundangan sahaja, ini masalah politik,” katanya. – BERNAMA

Tags: MICZahid Hamidi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd