• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pendedahan Mengejutkan, MH370 Diterbangkan Ke Antartika?

oleh Ahmad Albab
26/02/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

CUMA beberapa minggu sebelum genap setahun kehilangan pesawat MH370 milik Malaysia Airlines (MAS), program dokumentari terkenal National Geograpic bakal tampil dengan pendedahan fakta-fakta yang mengejutkan.

Antaranya, pesawat tersebut dipercayai diterbangkan menuju Antartika secara sengaja.

Selain itu berdasarkan hasil rujukan data dari satelit, pesawat berkenaan turut disyaki terbang selama beberapa jam selepas terputus hubungan dengan radar.

antarctica_2642820b

Menerusi laporan akhbar United Kingdom iaitu The Mirror pula, seorang pakar penerbangan percaya, pesawat itu membuat tiga pusingan sebelum ghaib dari radar menara kawalan trafik udara.

Pusingan pertama ujarnya, menghala ke kiri manakala pusingan kedua dan ketiga membawa pesawat itu ke arah barat dan selatan Antartika.

Dalam pada itu seorang pakar berkaitan bencana penerbangan, Malcolm Brenner berkata, pusingan yang dilakukan itu dipercayai dibuat oleh ‘seseorang’ yang berada dalam kokpit secara sengaja, sekaligus membawa MH370 tersasar dari laluan asalnya.

Brenner memberitahu The Mirror, “Kemalangan ini menarik perhatian dunia yang saya sendiri tidak pernah lihat sepanjang penglibatan 40 tahun dalam kerjaya penerbangan.”

BERKAITAN: TERKINI…Bangkai Pesawat MH370 Ditemui Menjelang Mei?

Senior-Ministers-Discuss-Progress-of-MH370-Search

Program khas terbitan National Geographic bertajuk ‘Malaysian 370: What happened?‘ akan ke udara pada Ahad, 8 Mac sempena genap setahun kehilangan penuh misteri pesawat jenis Boeing 777 itu.

MH370 hilang pada tanggal 8 Mac 2014, tidak berapa lama selepas ia terbang dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Beijing dengan membawa 239 individu.

malaysia-air-family-member

Lebih kurang 10 bulan selepas kehilangannya, kerajaan Malaysia pada 29 Januari akhirnya membuat pengisytiharan bahawa pesawat tersebut terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan kesemua individu di dalamnya.

Sehingga kini, serpihan mahupun sebarang klu yang boleh terkait dengan kehilangan MH370 gagal ditemui apatah lagi merungkai di mana kedudukan sebenar pesawat berkenaan.

Misi mencari dan menyelamat MH370 dilaporkan bakal dihentikan pada Mei depan.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Dokumentari Tentang Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370

https://www.youtube.com/watch?v=fU2lX1kcCsA

Tags: AntartikaMH370Nahas Pesawat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

Nahas Pesawat: Turkiye Sahkan Semua 20 Anggota Tentera Terkorban

Nahas Pesawat: Turkiye Sahkan Semua 20 Anggota Tentera Terkorban

12/11/2025
0

ANKARA: Kementerian PertahananTurkiye mengesahkan kesemua 20 anggota tenteranya yang berada dalam pesawat kargo tentera C-130 yang terhempas di Georgia, terkorban....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd