• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mekanik Ragut Pelancong Hungary Ditahan

oleh Ahmad Albab
03/02/2015
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Seorang lelaki yang dipercayai meragut beg tangan seorang pelancong wanita Hungary pada Ahad ditahan di Jalan Kurau, Jelutong pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata lelaki berusia 39 tahun dan bekerja sebagai mekanik itu ditahan di rumahnya pukul 6 pagi.

“Bertindak hasil maklumat awam dan pemeriksaan rakaman melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di kawasan kejadian, pasukan polis berjaya mengesan imej lelaki yang telah berkahwin itu.

“Pasukan polis telah menjalankan pemeriksaan di rumahnya pagi ini dan berdasarkan siasatan, dia mengaku terlibat dalam kejadian berkenaan,” katanya kepada Bernama.

Dalam kejadian 11.30 malam itu, pelancong berusia 57 tahun berkenaan kerugian RM10,000 dan cedera akibat diragut seorang lelaki di persimpangan Lebuh Chulia di sini.

Mior Faridalatrash berkata polis merampas sebuah motosikal dan pisau yang digunakan dalam kejadian itu.

“Setakat ini, polis belum menemui semula barangan yang diragut lelaki berkenaan iaitu kamera jenis Canon, sebuah Ipad, telefon bimbit dan berus gigi elektrik,” katanya.

Lelaki yang mempunyai rekod jenayah lampau dan positif dadah itu telah direman. – BERNAMA

Tags: kes ragut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peragut Warga Emas Dicekup, Kes Selesai 24 Jam

Peragut Warga Emas Dicekup, Kes Selesai 24 Jam

27/05/2025
0

Georgetown: Lelaki warga tempatan berusia 29 tahun ditahan kerana disyaki terbabit dengan kejadian ragut membabitkan wanita warga emas di Jelutong,...

Video Tular Dedah Kes Ragut di Taman Astakajaya, Segamat

Video Tular Dedah Kes Ragut di Taman Astakajaya, Segamat

06/04/2025
0

SEGAMAT, 5 April 2025 – Polis Daerah Segamat sedang giat menyiasat satu kes ragut yang tular menerusi rakaman video berdurasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd