• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lukisan Termahal Di Dunia RM1.06 Bilion

oleh Ahmad Albab
10/02/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

BASEL, Switzerland – Lukisan yang dihasilkan Paul Gauguin pada abad ke-19 berjaya memecahkan rekod karya seni paling mahal apabila dijual pada harga mencecah £197 juta (RM1.06 bilion) pada satu lelongan di sini baru-baru ini.

Lukisan yang diberi nama Nafea faa ipoipo itu memaparkan dua wanita Tahiti selepas Paul menghabiskan masa di pulau tropika itu pada penghujung abad ke-19.

Bekas pemiliknya, Rudolf Staechelin yang merupakan seorang pengumpul hasil seni dan berasal dari sini mengesahkan penjualan tersebut. Dia menyatakan, lukisan itu dijual berikutan harga yang ditawarkan cukup lumayan.

“Persoalannya, mengapa sekarang? Ia adalah kerana harga yang ditawarkan kepada kami cukup lumayan,” katanya kepada New York Times.

Rudolf bagaimanapun enggan mendedahkan identiti pembeli tersebut, namun ada dakwaan yang mengatakan lukisan itu dibeli oleh kerajaan Qatar.

Jika laporan mengenai jualan tersebut disahkan, ia sekali gus akan memadam rekod sebelum ini yang dipegang artis seni Paul Cezanne selepas lukisan yang bertajuk The Card Players dilelong pada harga £170 juta (RM918 juta).

Gauguin dan Cezanne merupakan sebahagian daripada pelukis kelahiran Perancis yang melonjak reputasi selepas kematian mereka.

– Agensi

Tags: Lukisan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Guna Serbuk Kopi Hasilkan Lukisan Tahun Baharu Cina, COVID-19

08/02/2021
0

KLUANG - Kopi bukan sekadar minuman, malah adunan serbuk kopi boleh menghasilkan sebuah lukisan menarik. Sebagai persediaan menyambut kedatangan Tahun Baharu...

Lukisan Berharga Lebih RM5j Musnah Semasa Dilelong

08/10/2018
0

LONDON – Sekeping luki­san yang dihasilkan oleh artis seni misteri Britain dikenali sebagai Banksy koyak dengan sendiri ketika dijual pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd