• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kereta Api Bawa Minyak Mentah Tergelincir Di AS

oleh Ahmad Albab
17/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MOUNT CARBON, West Virginia – Kereta api yang membawa lebih 100 tangki minyak mentah tergelincir di selatan West Virginia hari ini dan menyebabkan sekurang-kurangnya satu tangki terhumban ke dalam sungai, kata pegawai hari ini.

Selain itu, sekurang-kurangnya 14 tangki terbakar dalam kejadian berkenaan.

Kenyataan akhbar syarikat kereta api itu, CSX berkata, seorang mangsa dirawat kerana mengalami masalah pernafasan tetapi tiada kecederaan serius dilaporkan.

Penduduk berdekatan kawasan kemalangan diarah berpindah ketika pegawai pasukan kecemasan dan alam sekitar bergegas ke tempat kejadian kira-kira 48.2 kilometer tenggara Charleston.

West Virginia kini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga terhadap ribut musim sejuk dan hujan salji berukuran 12 sentimeter.

Tidak dapat dipastikan sama ada cuaca mempunyai kaitan dengan kejadian kereta api tergelincir terbabit.

Pegawai pengendali bahan berbahaya berkata, pihaknya dikerahkan ke sana.

Syarikat berkenaan pula berkata, mereka masih menyiasat punca kereta api berkenaan tergelincir.

Sementara itu, jurucakap Keselamatan Awam, Lawrence Messina berkata, satu tangki dan kemungkinan satu lagi terhumban ke dalam sungai.

Katanya, pasukan kecemasan berdepan masalah untuk menghampiri kediaman yang terbakar.

Sebanyak 14 daripada 17 tangki terbabit sama ada terbakar atau meletup. – AP

Tags: kereta api
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kereta Api Thailand Dihempap Kren, Tiada Rakyat Malaysia Terbabit

Kereta Api Thailand Dihempap Kren, Tiada Rakyat Malaysia Terbabit

14/01/2026
0

Kuala Lumpur: Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden maut di timur laut Thailand, hari ini apabila sebuah kren pembinaan tumbang...

Kereta Api Terpantas Di Dunia Rekod Kelajuan 453 km/j

Kereta Api Terpantas Di Dunia Rekod Kelajuan 453 km/j

21/10/2025
0

BEIJING: Kereta api terpantas di dunia, CR450 memulakan siri ujian pra-perkhidmatan dengan merekodkan kelajuan maksimum 453 km/j, lapor Xinhua. Kereta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd