• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Rasis: Bila Cina Hina Melayu Kenapa DAP Diam? – Tony Tan

oleh AK-47
07/02/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KENYATAAN Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilihat tidak menjurus kepada semua bangsa Cina tetapi ia sebenarnya ditujukan kepada peniaga Cina yang enggan menurunkan harga.

Ketua Biro Salah Guna Kuasa, Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Tony Tan berkata jika benar menteri berkata dengan niat menghina bangsa Cina, pasti rakyat juga tidak menyukainya.

“Itu DAP kata, Menteri (Ismail Sabri) ada hina orang Cina. Kalau anda seorang pembangkang atau YB (wakil rakyat), kamu mesti ikut cara, kalau ada dapat bukti cukup sila pergi buat laporan polis.

BACA JUGA – Disalah Faham Sebagai Rasis, Ismail Sabri Diancam Bunuh

“Biar polis siasat kes ini, kita jangan marahkan bangsa lain, mengapikan lagi isu melibatkan perkauman,” katan Tony Tan dalam satu sidang media oleh bekas ahli dan penyokong DAP di Petaling Jaya pada Jumaat.

https://www.youtube.com/watch?v=9HZPcrWBstg

Tony yang juga bekas setiausaha kepada Naib Pengerusi DAP Teresa Kok berkata, jika kenyataan Ismail Sabri itu bukan berniat menghina bangsa Cina tetapi pertelingkahan berlaku dan keadaan menjadi huru-hara disebabkan olehnya maka rakyat akan menghadapi masalah.

Pada sidang media sama, beliau turut menempelak DAP yang mengamalkan ‘pilih kasih’ apabila tidak mengkritik pihak-pihak yang menghina bangsa Melayu, mengambil contoh status Facebook seorang wanita yang menghina juruterbang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine, tahun lepas.

“Orang ini marah stupid Malay Muslim.. boleh ke ini macam? Mengapa DAP tidak cakap berkenaan hal ini? Jika DAP adil sila ambil tindakan dengan orang ini.

Tony Tan menunjukkan contoh seorang penyokong DAP yang menghina bangsa Melayu di laman sosial tetapi hanya didiamkan oleh DAP. – Foto MYNEWSHUB.CC

“Orang ini penyokong DAP, jika orang DAP yang bercakap dan anda tidak ambil tindakan bermakna apa.. double standard..!” tegasnya.

Lebih lantang, Tony mengambil contoh kenyataan biadap pasangan blogger seks Alvin Tan dan Vivian Lee yang mengajak umat Islam berbuka puasa dengan Bak Kut Teh iaitu hidangan berasaskan babi yang hanya didiamkan oleh DAP.

Selain itu, beliau berkata pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu DAP melalui Pakatan Rakyat (PR) mengajak semua golongan peniaga menyokong pakatan berkenaan dan terbukti mereka menyokong DAP, PKR dan PAS.

“Mengapa DAP kini tidak mengeluarkan kenyataan minta semua peniaga turunkan harga barang, itu kenyataan yang patut DAP atau PKR keluarkan supaya rakyat semua senang,” katanya.

Sementara itu, Presiden PMSP Ramesh Rao AKS pula mempertikaikan golongan peniaga Cina yang dilihat berdiam diri biarpun kenyataan Menteri (Ismail Sabri) merujuk kepada mereka berkenaan isu harga barangan yang tinggi.

Perbuatan itu seolah-olah membenarkan parti DAP menjawab bagi pihak mereka.

“Seperti yang kita tahu, pengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya lepas kurang daripada lima peratus, jadi mereka nak DAP jawab bagi pihak mereka-lah.

“Ini juga satu cubaan untuk sabotaj ekonomi,” katanya.

Menurut beliau, inilah masanya para peniaga Cina melalui persatuan yang ada perlu ke depan dan menjawab isu mengapa harga barangan masih belum dapat diturunkan.

“Saya berasal dari Hutan Melintang, Perak 99 peratus yang menangkap ikan, datang ke jeti sampai ke pasar borong mereka yang membuat keputusan (berkaitan harga), kita tak pertikai, kita tak persoal,” katanya.

Tony dan Ramesh pada sidang media hari ini, turut disertai bekas penyokong DAP  termasuk Dr Philip Loh selain seorang Melayu, Faizan Alias yang kini merupakan Ahli Jawatankuasa PMSP.

Sidang media diadakan bagi membantah tindakan DAP yang dilihat mengapi-apikan isu perkauman menggunakan kenyataan Ismail Sabri sebelum ini yang mencadangkan agar pengguna Melayu memboikot peniaga Cina yang enggan menurunkan harga barang.

Desakan agar peniaga menurunkan harga barang dibuat berikutan penurunan mendadak harga minyak mentah dunia yang membawa kepada penurunan harga petrol dan diesel di Malaysia. -MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K  Foto dan Video : RIZA RAZAK

Kenyataan Tony Tan Dalam Bahasa Hokkien

https://www.youtube.com/watch?v=HJzeaMAuNi0

Tags: DAPHarga Barang
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

2 Episod Terakhir Istikharah Cinta Disiar Serentak

Next Post

Lebuh Raya Pan Borneo Di Sarawak Bebas Tol – Fadillah

Related Posts

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

16/03/2025
0

SHAH ALAM: Lim Guan Eng gagal mempertahankan jawatannya sebagai Pengerusi Kebangsaan DAP pada mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baharu,...

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

05/02/2025
0

PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mempersoal tindakan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk memanggil beliau susulan dakwaan kerugian RM500 juta...

Next Post

Lebuh Raya Pan Borneo Di Sarawak Bebas Tol - Fadillah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd