MELAKA – Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM) kolej milik kerajaan Negeri Melaka berjaya melahirkan ramai pensyarah yang berinovasi, berdedikasi dan kreatif.
Menurut Ketua Eksekutif KAYM, Datuk Saroni Judi, bagi meningkatkan mutu pengajaran, pengetahuan dan kemahiran pensyarah setiap pensyarah KAYM wajib mengikuti Kursus Tenaga Pengajar atau “Outcome Based Education workshop†(OBE).
“Dari segi perkembangan dan pencapaian akademik, banyak yang sudah dicapai KAYM. Bagaimanapun, kita sentiasa merangka pelbagai kaedah baru seperti kursus “Teaching and Learning Process Of Outcome Based Education†bertujuan menjana kecemerlangan pendidikan pelajar di KAYM,” katanya.
Menurut beliau, pada masa ini, KAYM mempunyai seramai 106 pensyarah tetap dan sebagai gedung ilmu, KAYM bertanggungjawab memberikan sumbangan yang signifikan kepada kemajuan sosioekonomi negara dan pembangunan modal insan.
“Dalam menentukan hala tuju, seiring dengan perkembangan globalisasi, kita perlu mempunyai daya saing dan daya tahan dalam usaha meningkatkan keupayaan kolej agar terus melaksanakan fungsi dan tanggungjawabnya dengan lebih cekap, telus dan berkesan ke arah mewujudkan sistem pengajian tinggi yang cemerlang†ujarnya lagi.
Bercakap mengenai pencapaian, Saroni berkata, KAYM yang melaksanakan sistem pengurusan berkualiti mematuhi sijil MS ISO 9001:2008 dan akreditasi dari “Accreditation Service for International College†(ASIC), United Kingdom yang merupakan pengiktirafan dan perakuan mutu dan kualiti pendidikan di KAYM.
Kursus yang dijalankan selama 2 hari ini merangkumi empat elemen iaitu “The Knowledege of Outcome Based Education (OBE)â€Â, “ Pedagogy – The Art of Teachingâ€Â,
“ Testing and Measurement “ and “ Examination Techniquesâ€Â
Penceramah berpengalaman, Dr. Abdul Karim, Pengarah Pengurusan Kualiti bersama-sama pensyarah KAYM melakukan pelbagai aktiviti termasuklah perbincangan, penyampain secara berkumpulan dan simulasi lakonan.
Justeru, kursus OBE ini melengkapkan pensyarah dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan manakala pensyarah yang berpengalaman dapat mengimbas kembali pengetahuan dan kemahiran dan mempraktikkannya didalam persekitaran pembelajaran dan pengajaran institusi pendidikan.
Sepanjang kursus ternyata para pensyarah begitu komitmen dengan semua aktiviti yang diadakan dan sentiasa memberikan kerjasama dalam semua aktiviti.
SUMBER: Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Harmiyati Mohamed Mohtar
Ketua Jabatan
Jabatan Komunikasi Korporat
Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka
Tel : (606) 2817732 ext 262 / 013 659 2779
Fax : (606) 2861062
Emel: [email protected]
– BERNAMA

