• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kaji Beri Perlindungan Insurans Untuk Guru

oleh Ahmad Albab
22/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) meminta Kementerian Pendidikan mengkaji untuk menyediakan perlindungan insurans kemalangan kepada guru.

Setiausaha Agungnya Lok Yim Pheng berkata pihaknya juga berharap NUTP turut dipanggil bagi membincangkan perkara itu.

Beliau berkata perkara itu dibangkitkan berikutan kematian seorang guru ketika banjir besar di Kampung Geliga Che Akob di sini pada 24 Dis lalu.

Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Geliga, Norhayati Sulong, 37, maut ketika bot penyelamat yang membawanya bersama beberapa orang lain terbalik ketika pulang ke rumahnya untuk memastikan kertas jawapan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang disemak di rumahnya selamat.

Suaminya turut mati lemas dalam kejadian itu.

Lok berkata Kementerian Pendidikan perlu menyediakan perlindungan insurans untuk kaum guru yang terdedah kepada kemalangan termasuk semasa aktiviti kokurikulum.

Beliau hari ini menziarah dan menyampaikan cek khairat kematian dan bantuan kebajikan berjumlah RM6,000 kepada enam orang anak Allahyarham Norhayati.

Beliau berkata Allahyarham seorang yang sanggup berkorban demi tugasnya dan berharap Kementerian Pendidikan turut memberikan penghargaan kepada bekas guru itu.

Lok turut mengagihkan beg sekolah dan alat tulis kepada 100 murid yang menjadi mangsa banjir. – BERNAMA

Tags: GuruNUTP
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Urus Kesihatan Mental Kanak-kanak Perlu Kepakaran Profesional, Elak Beban Guru

Urus Kesihatan Mental Kanak-kanak Perlu Kepakaran Profesional, Elak Beban Guru

02/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi Wanita, Kanak-Kanak dan Pembangunan Masyarakat mengesyorkan pengurusan kesihatan mental kanak-kanak memerlukan perkhidmatan dan...

iGuru Desak Siasatan Rapi Dakwaan Guru Terbabit Aktiviti Songsang

iGuru Desak Siasatan Rapi Dakwaan Guru Terbabit Aktiviti Songsang

30/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Ikatan Guru Muslim Malaysia (iGuru) menggesa satu siasatan rapi dijalankan bagi mengesahkan perlakuan sumbang membabitkan beberapa guru seperti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd