• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kaitkan ‘Pedofil’ Dengan Hukum Hudud, Pemuda PAS Bidas G-25

oleh Ahmad Albab
09/02/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

Satu kenyataan sensasi telah dikeluarkan oleh jurucakap Kumpulan Tokoh Melayu (G25), Datuk Noor Farida Ariffin dengan berkata, golongan pedofil (golongan dewasa yang menjadikan kanak-kanak bawah umur sebagai objek seks) akan memenuhi Kelantan sekiranya hukuman hudud dilaksanakan di negeri pantai timur itu.

Pandangan tersebut diungkapnya dalam sebuah forum, ‘Malaysia, Kebebasan Ekonomi dan Globalisasi’ semalam (Sabtu), lantas menolak sepenuhnya undang-undang tersebut untuk dikuatkuasakan di negara ini.

IDEAS_TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA_FORUM

Tambahnya lagi, kaedah hukuman Islam yang hendak diaplikasikan di negeri Kelantan masih lemah dalam cara perlaksanaannya dan tidak menggunakan teknologi terkini.

Selain itu, beliau turut mempertikaikan teknik pembuktian saintifik yang tidak dikuatkuasakan bagi kes zina, sebaliknya tetap menggunakan teknik lama iaitu syarat empat orang saksi.

Memetik kenyataannya dalam portal Astro Awani, “Zina misalnya, saya tidak faham dalam abad ke 21 ini enakmen syariah masih lagi tidak menggunakan teknologi canggih dalam menentukan mereka yang ditangkap kerana berkhalwat.

Masih mahu mengekalkan kaedah empat orang saksi. Mengapa tak adakan ujian DNA dalam menentukan pesalah? Bagaimana nak dapatkan empat orang saksi dalam kesalahan zina?”

Oleh itu, beliau berkata ia akan menjadi sukar bagi menentukan pihak yang dituduh benar-benar bersalah.

“Jika hudud dilaksana di Kelantan, golongan ‘pedofil’ akan membanjiri Kelantan untuk merogol kanak-kanak di sana… dan tiada tindakan akan dikenakan kepada mereka.”

Farida turut berkata, kebangkitan kumpulan ekstremis agama dan kaum sejak akhir-akhir ini menyukarkan lagi perlaksanaan hukuman hudud.

“Saya orang Islam dan mempraktikkan Islam tetapi saya tidak mahu hidup di bawah undang-undang hudud. No, thanks,” ujarnya.

Namun hari ini, Pemuda PAS membidas kenyataan Noor Farida dengan berkata, pandangan tersebut sangat prejudis, menghina dan jauh daripada bersifat ilmiah.

pas_youth_muktamar_18_1609_840_560_100

Menurut Mohd Nasaie Ismail selaku Ketua Penerangan Pemuda PAS, sebagai wakil kepada cendiakawan G-25, Noor Farida haruslah mengutarakan pandangan secara rasional dan bukan dengan sentimen yang memburukkan hudud.

“Beliau memberi gambaran mudahnya perogol dibebaskan, sedangkan banyak peringkat hukuman lain seperti Tazkir yang akan dilalui oleh pesalah tersebut. 

Tambahan pula, empat saksi yang diperlukan untuk sabitan kes zina. Manakala rogol adalah kes berlainan. Ia boleh disabitkan dengan had Zina (hudud), had Hirabah (hudud), Qisas (andai mencederakan atau menyebabkan kematian) Diat (denda ganti rugi) dan Ta’zir (hukuman mengikut budi bicara mahkamah).”

Nasaie turut menjemput Noor Fariza untuk menyertai sesi dialog bersama pihaknya bagi menjelaskan kekeliruan yang berlaku. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

PAS Akan Berjaya Laksana Hudud Jika Dengan UMNO Sahaja – Timbalan Menteri Besar Kelantan

Tags: agama islamHududKelantanMelayuPAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan pembangkang hari ini sebagai 'paling tidak berguna'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd