• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JHEV ATM Kutip Semula RM2.4j Wang Pencen Veteran Meninggal Dunia

oleh Ahmad Albab
21/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MEMBAKUT – Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) sedang mengutip semula wang pencen berjumlah RM2.4 juta yang telah dibayar kepada pesara tentera yang meninggal dunia dan tidak mempunyai waris yang layak menerimanya.

Ketua Pengarah JHEV ATM, Mejar Jeneral Datuk Mohd Noor Daud berkata jumlah itu melibatkan 460 pesara tentera yang telah meninggal dunia dan dua daripada kes berkenaan adalah di Sabah.

“Berdasarkan semakan, ada dalam kalangan waris veteran tentera yang meninggal dunia mendakwa tidak pernah mengeluarkan wang daripada akaun veteran itu malah ada juga yang tidak tahu-menahu mengenai kewujudan akaun berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada 20 veteran tentera dari kawasan Parlimen Kimanis di Dewan Masyarakat Membakut di sini hari ini.

Pingat itu dianugerahkan bagi mengiktiraf golongan veteran tentera yang telah berkhidmat dan berjasa mempertahankan negara daripada ancaman pengganas komunis suatu masa dahulu.

Mohd Noor berkata pihaknya juga akan menghubungi Bank Negara dan pihak bank lain untuk memeriksa akaun pesara tentera yang telah meninggal dunia serta mendapatkan kembali sejumlah wang pencen daripada akaun itu yang telah dibayar kepada mereka.

Bagaimanapun, katanya, bagi waris yang tidak layak menerima wang pencen tetapi telah mengeluarkan wang daripada akaun itu, mereka perlu mengembalikan semula wang berkenaan kepada kerajaan.

“Bayaran boleh dibuat secara beransur-ansur sekiranya waris kurang berkemampuan melunaskannya sekali gus,” katanya menambah JHEV ATM masih berusaha mengesan waris terutamanya yang telah bertukar alamat melalui Jabatan Pendaftaran Negara dan Suruhanjaya Pilihan Raya.

Beliau berkata waris yang tidak layak dan telah mengeluarkan wang pencen berkenaan juga perlu menghubungi persatuan veteran ATM berdekatan atau JHEV ATM di kawasan masing-masing bagi membolehkan masalah itu diselesaikan.

Sementara itu, mengenai Bantuan Sara Hidup untuk pesara tentera yang dinaikkan dan diseragamkan daripada antara RM100 hingga RM300 mulai 1 Jan lepas, beliau berkata seramai 5,280 pesara tentera layak menerima bantuan itu di seluruh negara.

Pada masa ini, JHEV ATM mengurus dan mentadbir kira-kira 379,000 orang veteran tentera yang berpencen dan tidak berpencen di seluruh negara. – BERNAMA

Tags: ATMPesara
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Isu Kasut Kulit Babi, New Balance Malaysia Mohon Maaf

Next Post

Ibu Kepada Datuk Yusof Haslam Meninggal Dunia

Related Posts

Amang Seksual Cucu, Pesara Direman Tujuh Hari

Amang Seksual Cucu, Pesara Direman Tujuh Hari

05/02/2025
0

JASIN - Seorang warga emas direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes amang seksual fizikal terhadap cucu perempuannya, lima...

Pesara Yang Juga Pengikut Ajaran ‘The Ahmadi’ Dipenjara 6 Bulan, Denda RM4,500

Pesara Yang Juga Pengikut Ajaran ‘The Ahmadi’ Dipenjara 6 Bulan, Denda RM4,500

24/10/2024
0

Seremban: Seorang pesara yang juga pengikut ajaran 'The Ahmadi Religion of Light and Peace', dipenjara enam bulan dan didenda RM4,500...

Next Post

Ibu Kepada Datuk Yusof Haslam Meninggal Dunia

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd