• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jepun Wajib ‘Penagih Kerja’ Cuti Berbayar 5 Hari Setahun

oleh
07/10/2017
dalam Gaya Hidup
0
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO – Buat julung kali dalam sejarah, kerajaan Jepun mengumumkan bakal mewajibkan semua rakyat negara itu yang ‘penagih kerja’ atau workaholic untuk mengambil cuti berbayar paling kurang lima hari dalam setahun, lapor agensi berita tempatan Jiji Press.

Langkah drastik itu terpaksa dibuat dalam usaha menurunkan jumlah kes pesakit mental akibat kerja terlalu lama tanpa cuti tahunan susulan laporan terbaharu Kementerian Buruh yang mendapati seorang daripada 6 pekerja enggan bercuti wajib tahunan.

Kajian kementerian itu malah menunjukkan sepanjang tahun 2013 lalu, ramai pekerja hanya isi 9 hari daripada 18.5 hari cuti berbayar yang layak wajib diambil dalam setahun akibat faktor budaya masyarakat tempatan ‘malu’ bercuti lebih lama.

Undang-undang tersebut bakal dibentang pada sesi Parlimen kali ini dan jumlah 5 hari itu dipilih ekoran pertikaian antara pihak persekutuan majikan Jepun yang mahu 3 hari sahaja diberi manakala kesatuan sekerja menuntut 8 hari cuti berbayar mandatori.

Budaya kerja keras warga Jepun disebut sebagai karoshi atau bekerja sehingga mati mengakibatkan majoriti pekerja di negara Matahari Terbit itu menghidap masalah tekanan dan banyak kes maut kerana terlebih bekerja tanpa henti direkodkan akhir-akhir ini.

Menurut kajian laman web pengembaraan terkenal Amerika Syarikat, Expedia, Perancis menikmati 37 hari cuti berbayar manakala Sepanyol 32 hari dan Denmark 29 hari dengan purata pekerja di 3 negara itu mengambil lebih 90 peratus daripada cuti mereka.

Jepun pula meskipun mewartakan 15 hari cuti berkanun tahunan melibatkan perayaan keagamaan dan peristiwa kebangsaan, namun kurang 70 peratus daripada pekerja negara itu bercuti pada hari berkenaan atau menggantikannya pada hari lain.

Ini memaksa kerajaan Jepun sejak beberapa tahun lalu mula memindahkan beberapa hari kelepasan umum itu agar dekat dengan hari minggu bagi menggalakkan pekerja untuk bercuti lebih lama, sekali gus mampu meningkatkan sektor pelancongan domestik.

Malah tahun ini, dua kali pada Mei dan September menyaksikan cuti mingguan lebih panjang sehingga lima hari yang boleh dihabiskan untuk berehat dengan keluarga bagi mengurangkan tekanan kerja serta merangsang produktiviti baharu. – Agensi/HAA

Tags: budayaCutijepunperayaan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas dalam gempa bumi bermagnitud 7.5 yang melanda timur laut Jepun pada Isnin, menurut...

Gempa Bumi Kuat 7.6 Magnitud Gegar Jepun, Amaran Tsunami Dikeluarkan

Gempa Bumi Kuat 7.6 Magnitud Gegar Jepun, Amaran Tsunami Dikeluarkan

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR, 9 Disember – Jepun hari ini digegarkan dengan gempa bumi kuat berukuran 7.6 magnitud, mencetuskan panik di beberapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd