• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jepun Pecat Jurulatih Kerana Kes Tipu Di Sepanyol

oleh
05/02/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO – Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) mengesahkan sudah memecat jurulatih pasukan kebangsaan negara itu, Javier Aguirre, kerana disyaki terbabit dalam skandal penipuan menetapkan keputusan perlawanan di luar negara.

Media tempatan pada Rabu melaporkan, JFA mengumumkan tindakan berat itu terpaksa diambil supaya kes mengatur perlawanan tersebut tidak menjejaskan peluang Jepun dalam kempen pusingan kelayakan awal Piala Dunia 2018 di Rusia.

Aguirre, 56 tahun, bekas pemain kebangsaan dan jurulatih pasukan nasional Mexico, terseret dalam siasatan pihak berkuasa Sepanyol berhubung isu penipuan satu keputusan perlawanan final dalam liga bola sepak utama di negara Eropah itu.

Media Sepanyol pada akhir Januari lalu melaporkan beliau dan kira-kira 40 orang lagi akan didakwa di mahkamah kerana disyaki menetapkan perlawanan akhir antara kelab Levante dengan Real Zaragoza yang di bawah bimbingannya sejak 2010.

Jurulatih itu dipecat Real Zaragoza akhir 2011 ekoran kes mengaibkan tersebut; meskipun Aguirre pernah mencipta nama dengan kelab bajet kecil Atletico Madrid pada 2006 menjadi antara pasukan terbaik kejohanan berprestij Eropah menerusi Liga UEFA.

Beliau dilantik sebagai jurulatih Jepun menggantikan Alberto Zaccheroni yang meletak jawatan ekoran prestasi teruk ‘Samurai Biru’ pada aksi Piala Dunia 2014 di Brazil, namun gagal membawa negara itu ke final Piala Asia AFC 2015 di Australia bulan lalu.

JFA dilaporkan telah menerima pengesahan rasmi daripada agensi pencegahan rasuah Sepanyol berhubung penglibatan langsung Aguirre mengatur keputusan perlawanan akhir La Liga apabila Real Zaragoza berjaya menewaskan Levante 2-1.

Keputusan pemecatan itu diumumkan Presiden JFA,  Kuniya Daini pada satu sidang akhbar di sini, namun Aguirre yang diberi gelaran El Vasco sepanjang 10 tahun bermain dengan Mexico sejak 1983 menafikan dakwaan tersebut. – Agensi

Tags: bola sepakjepunperlawananSepanyol
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sepanyol Tarik Balik Duta Ke Israel Secara Kekal

Sepanyol Tarik Balik Duta Ke Israel Secara Kekal

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub  MADRID – Kerajaan Sepanyol dilaporkan mengambil langkah tegas apabila menarik balik duta negaranya dari Israel secara kekal, sekali...

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas dalam gempa bumi bermagnitud 7.5 yang melanda timur laut Jepun pada Isnin, menurut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd