• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Terpengaruh Pihak Cuba Timbul Kegusaran Agama

oleh Ahmad Albab
07/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JERAI – Umat Islam di negara ini diingatkan agar tidak terpengaruh dengan pihak yang cuba menimbulkan ‘kegusaran agama’ dengan mempolemikkan isu tertentu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata umat Islam seharusnya berpandukan kepada sumber yang betul misalnya Majlis Fatwa Kebangsaan dan bukannya kepada pegangan seseorang individu.

“Jangan timbul fitnah yang akan sebabkan sesama umat Islam berpecah, ini membawa kepada permusuhan dan kebencian yang dilarang dalam Islam,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan persekolahan kepada 100 pelajar kawasan Parlimen Jerai di Guar Chempedak di sini hari ini.

Jelasnya isu kalungan bunga dan pakaian kurta yang dipakai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada sambutan Thaipusam Selasa lepas sepatutnya tidak timbul memandangkan ia berkaitan dengan tradisi kaum India.

Anggota Parlimen Jerai itu berkata sesetengah pihak seolah-olah cuba menimbulkan ketegangan dengan mengungkit isu yang sama setiap tahun sedangkan penjelasan yang sebenar telahpun diberi.

“Kurta ialah pakaian tradisi, ia tiada kaitan dengan konsep pengibadatan dan ataupun konteks ajaran agama.

“Kalungan bunga pula ialah cara penghormatan kaum India kepada tetamu yang mereka pilih, semua majlis mereka kalung bunga, tapi masyarakat kena faham batas agama lah, majlis fatwa tidak pernah bangkitkan larangan ini,” kata Jamil Khir.

Selasa lepas Najib meluangkan masa menyaksikan perayaan Thaipusam ke-125 tahun di Kuil Subramaniyar Swamy di Batu Caves, Kuala Lumpur dan sebagai menghormati majlis, beliau berpakaian tradisional India, Kurta.

Semalam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengeluarkan kenyataan bahawa kehadiran Najib pada majlis itu tidak menyalahi syarak, berpandukan kepada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 12 April 2005. – BERNAMA

Tags: Jamil Khir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Laksana Prinsip Maqasid Al-Syariah

27/02/2018
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan Barisan Nasional telah mempraktikkan lima prinsip maqasid al-syariah sepanjang pemerintahan bagi menjamin kesejahteraan dan keselesaan rakyat....

Isu Jantina, Nur Sajat Dedah Motif Sebenar Papa Gomo?

17/01/2018
0

MISTERI jantina usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat rupa-rupanya turut menarik minat ramai pihak termasuklah penulis-penulis blog tanah air. Antaranya ialah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd