• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jaga Sensitiviti, Taeyang Elak Bersentuhan Peminat Wanita Islam

oleh Ahmad Albab
10/02/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas kontroversi melanda ekoran tindakan kumpulan Kpop B1A4 mencium dan memeluk beberapa orang peminat wanita bertudung ketika sesi bertemu peminat awal tahun lalu, ramai pihak terutama NGO Islam menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap penganjuran konsert-konsert artis luar negara.

Lantas itu, konsert penyanyi Taeyang atau nama sebenarnya, Dong Young-bae, diberi tumpuan agar peristiwa sama tidak berulang, apatah lagi, penyanyi tersebut sememangnya digilai ramai peminat wanita.

[ARTIKEL BERKAITAN: Elak Budaya Hedonisme, NGO Kempen Tolak Konsert Taeyang]

Taeyang-RISE-Concert-Kuala-Lumpur-2015

Namun demikian, konsert pelantun lagu Eyes, Nose, Lips yang telah berlangsung semalam dilihat lancar tanpa sebarang insiden kontroversi seperti berpelukan mahupun bersentuhan.

Ramai pihak memuji kecekapan penganjur yang sensitif terhadap isu tersebut lantas mengingatkan bekas ahli kumpulan Big Bang itu untuk menjaga tingkah laku agar tidak mengulangi kesilapan B1A4.

tae-630x630

Malahan, Taeyang juga dilihat meletakkan tangannya di belakang sebagai cara untuk mengelakkan dari bersentuhan dengan peminat-peminat wanita Islam.

Melalui beberapa keping foto, Taeyang bijak mengendalikan suasana ketika mendekati peminat dengan tidak menghulurkan tangannya untuk disambut mereka. Ya lah, kadang-kadang, ‘fans‘ yang terlalu fanatik sampai tak ingat dunia!

Melalui status di laman Twitter, ada peminat yang memuji tindakan penyanyi tersebut untuk tidak lagi mengulangi kesilapan yang dilakukan rakan artis senegaranya.

tae3-630x590 tae4

Walaupun  bukan beragama Islam, namun Taeyang berjaya membuktikan bahawa dia mampu untuk menghormati prinsip agama lain dan dalam pada masa yang sama, menghiburkan peminat yang memenuhi ruang stadium. Tahniah buat Taeyang!

Fikir-fikir balik, pihak NGO dan badan berwajib patut juga memberi penjelasan dan amaran buat ‘die hard fans‘ yang terlalu fanatik dan tidak mengawal batas pergaulan walaupun berhijab dan menutup aurat! – MYNEWSHUB.CC

Rakaman Amatur Konsert Taeyang Di Stadium Negara, Kuala Lumpur

Tags: artis luar negaragadis bertudungkpop
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dibuli Hanya Kerana Namanya🐖

03/06/2020
0

Memalukan... Mungkin itu yang dapat disimpulkan mengenai sikap segelintir netizen warga Malaysia yang berkunjung ke Instagram seorang penari Korea hanya...

Demam K-Pop Naik Pelajaran Bahasa Korea

12/07/2018
0

BAHASA Korea semakin meningkat popularitinya, didorong oleh populariti bintang-bintang pop negara Korea Selatan. Hasrat untuk memahami lirik lagu K-pop seperti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd