• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ismail Sabri Sedia Beri Kerjasama Kepada Polis

oleh AK-47
04/02/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis berhubung isu kenyataannya berkaitan boikot peniaga yang menjadi viral di laman sosial.

Ismail Sabri sebelum ini telahpun menjelaskan bahawa kenyataannya itu bukan ditujukan kepada peniaga kaum Cina tetapi kepada semua pemborong dan peniaga yang masih tidak mahu menurunkan harga barang walaupun harga minyak telah diturunkan.

“Polis menjalankan tanggungjawab, saya sedia beri kerjasama, tiada masalah.

“Setakat ini polis belum hubungi saya, dan apabila tiba tarikh sesuai di pihak saya, saya akan beri ‘statement’ nanti,” katanya kepada pemberita pada sidang media oleh bekas pemimpin dan pemimpin Pemuda Umno Malaysia bagi menyatakan solidariti dan sokongan kepada Ismail Sabri di sini hari ini.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengeluarkan kenyataan dalam akaun twitternya bahawa polis akan memanggil Ismail Sabri untuk mengambil keterangan berhubung isu tersebut.

Dalam kenyataannya semalam, Ismail Sabri berkata, pengguna perlu bersatu untuk memberi tekanan kepada peniaga dalam memastikan harga barangan diturunkan ekoran penurunan harga minyak.

Kenyataannya semalam itu meminta rakyat memboikot pemborong dan peniaga yang masih enggan menurunkan harga barang yang dilihat bukan sahaja memberi faedah kepada kaum Melayu tetapi juga pengguna berbangsa Cina.

Sementara itu, kira-kira 200 bekas pemimpin dan pemimpin Pemuda Umno hadir pada sidang media itu bagi menyatakan sokongan kepada Ismail Sabri.

Wakilnya, Datuk Zulkifli Alwi yang merupakan bekas Setiausaha Kerja Pemuda Umno berkata beliau percaya menteri itu tidak berniat mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman dan kenyataannya hanya dipolemikkan pihak tertentu.

“Ismail yang kami kenali ialah pemimpin yang mempertahankan rakyat kebanyakan dan marhaen yang tertindas,” katanya. – BERNAMA

DISYORKAN BACA – Isu Boikot Peniaga Cina, PDRM Siasat Ismail Sabri

Tags: Ismail Sabri
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Muhyiddin Sedih Penerokaan Tanah Cameron Highlands Masih Berlaku

Next Post

Pendaki Jepun Tergelincir Di Gunung Kinabalu

Related Posts

‘Ismail Sabri Dipanggil SPRM Lagi Jika Gagal Kemuka Dokumen Isytihar Harta’ – Azam Baki

‘Ismail Sabri Dipanggil SPRM Lagi Jika Gagal Kemuka Dokumen Isytihar Harta’ – Azam Baki

10/04/2025
3

Kota Kinabalu: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, akan dipanggil semula memberi keterangan semula kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Ismail Sabri Dirakam Keterangan 6 Jam Di SPRM

Ismail Sabri Dirakam Keterangan 6 Jam Di SPRM

14/03/2025
0

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keluar dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini...

Next Post

Pendaki Jepun Tergelincir Di Gunung Kinabalu

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd