• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Kota Jadi Tarikan Pengunjung Sempena Cuti Tahun Baru Cina

oleh Ahmad Albab
19/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Beberapa lokasi di sekitar ibu negara termasuk pusat beli belah terkenal menjadi tarikan pengunjung yang meluangkan masa bersama keluarga dan kenalan sempena cuti umum Tahun Baharu Cina hari ini.

Tinjauan Bernama mendapati kawasan seperti Bukit Bintang yang menempatkan banyak pusat beli belah dan Kuala Lumpur City Centre (KLCC) menjadi tumpuan warga tempatan, pelancong serta pekerja asing.

Seorang pelancong Maghribi, Chaimaa Zur, 24, yang pertama kali melihat persembahan paluan gendang sempena sambutan Tahun Baharu Cina menyifatkan apa yang dialaminya di negara ini sebagai unik dan sangat menarik.

“Saya begitu teruja melihat kemeriahan sambutan perayaan itu di sini kerana saya tidak pernah merasai pengalaman itu di negara lain yang pernah saya kunjungi,” katanya.

Bagi pelajar Nadhirah Arif, 19, berkata cuti umum itu digunakan untuk berkelah di Taman KLCC bersama beberapa rakannya sambil menikmati kemeriahan perayaan berkenaan di sini.

Seorang lagi rakyat tempatan, Norhasimah Ismail, 36, pula berkata beliau hanya menghabiskan cuti umum di ibu kota memandangkan keluarga dari kampung datang bercuti di sini.

“Biasanya saya akan pulang ke kampung tetapi tahun ini anggota keluarga di kampung mahu melawat sekitar Kuala Lumpur,” katanya.

Sementara itu, gadis tempatan, Jessie Yeo, 25, berkata melihat keindahan dekorasi tanglung di pusat beli belah merupakan rutin tahunan mereka selepas menziarahi sanak-saudara di Petaling Jaya.

“Kami memang pergi ke pusat beli belah setiap kali menyambut tahun baharu untuk merasai kemeriahan serta mengambil gambar berlatarbelakangkan hiasan cantik sebagai kenangan,” katanya.

Dalam pada itu, banyak pekerja asing dilihat menggunakan peluang itu untuk bertemu kenalan di pusat beli belah.

Menurut pekerja Indonesia, Yuni Wahyuni, 30, beliau terpaksa bersesak menaiki bas dari Putrajaya untuk menghabiskan hari cuti bersama rakan-rakan di ibu kota. – BERNAMA

Tags: Tahun baru Cina
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Ucap Selamat Tahun Baharu Cina

PM Ucap Selamat Tahun Baharu Cina

21/01/2023
0

PETALING JAYA : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada masyarakat Cina di negara ini...

Sambut Tahun Baru Cina Hanya Bersama Keluarga Serumah

04/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Sambutan Tahun Baru Cina hanya dibenarkan di rumah dalam kalangan ahli keluarga sahaja. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd