• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hormati Ketua Polis Negara Sebagai Sebuah Institusi

oleh Ahmad Albab
26/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Ekoran ugutan bunuh terhadap Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan bahawa KPN perlu dihormati sebagai sebuah institusi dan bukan sebagai individu.

Ketika mengulas klip video yang memaparkan tiga lelaki bertopeng menggelar diri mereka sebagai “Anak Malaysia Anti Demokrasi” yang mengancam untuk membunuh KPN dan meletupkan keretanya, Ahmad Zahid berkata ancaman seperti ini terhadap pegawai awam harus dielakkan.

“Tolong hormat institusi ini kerana tanggungjawab utamanya ialah memastikan unsur-unsur keselamatan direalisasikan secara umum dan kedudukan beliau perlu dihormati,” kata beliau ketika ditemui pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan anggota Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Percetakan Al-Quran (LPPPQ) di sini Khamis.

“Apa-apa kenyataan yang dikeluarkannya bukan kenyataan peribadi beliau tetapi mewakili institusi,” kata beliau.

Dalam satu kenyataan semalam, Khalid berkata beliau tidak gentar terhadap ugutan bunuh yang diterimanya dan beliau langsung tidak bimbang terhadap ugutan bunuh kerana sebagai KPN, menerima ugutan bunuh adalah lumrah ketika menjalankan tugas.

Khalid berkata polis dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sedang memantau aktiviti kumpulan itu dan sedang mengenal pasti identiti anggotanya. – BERNAMA

Tags: khalid abu bakarZahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd