• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Henti Sebarang Dakwaan Berkaitan Kes Altantuya – Syed Ali

oleh AK-47
23/02/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

Pesalah kes bunuh wanita Mongolia Altantuya Sharibuu, Sirul Azhar Umar dilihat cuba menyemai persepsi buruk dalam kalangan rakyat terhadap kerajaan kerana kes berkenaan sudah pun selesai.

Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata beliau menyokong kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengatakan bahawa Sirul hanya mengarut.

Sirul yang merupakan bekas anggota polis Unit Tindakan Khas (UTK) dalam satu kenyataan baru-baru ini dikatakan telah mendedahkan yang dia bertindak atas arahan dalam kes pembunuhan Altantuya.

BACA – Syed Ali Pula Sifatkan Mahfuz Tolol Dan Tidak Beradab

“Semua pihak diminta menghentikan sebarang dakwaan atau dengan sengaja mewujudkan persepsi bahawa kes ini ada kaitan dengan pihak tertentu adalah karut dan tidak berasas.

“Bagi saya kes Altantuya sudah selesai tak perlu lagi perkara ini dibincangkan secara terbuka di depan khalayak umum seolah-olah kita tidak menghormati institusi perundangan negara ini.

“Saya hanya nampak isu Altantuya sengaja dimainkan oleh pihak yang berniat jahat dengan lain tujuan untuk menimbulkan persepsi atau sangkaan buruk rakyat kepada kerajaan.

“Isu ini dah selesai dan tidak perlu dipolemikkan lagi,” katanya Syed Ali dalam entri terbarunya di blog umnobahagiancheras.blogspot.com.

200215UMNOCheras_1

Menurut beliau, semua pihak termasuk laman web pro-pembangkang diminta menghentikan segala dakwaan berkaitan kes berkenaan.

Semalam, Najib dikatakan telah ditanya oleh seorang wartawan berkenaan dakwaan ada orang ‘penting’ yang mempunyai motif di dalam kes berkenaan yang dikatakan masih bebas.

“Tindakan pihak berkenaan yang bertanya soalan Altantuya kepada Perdana Menteri tidak sewajarnya dilakukan.

“Pihak berkenaan juga tidak bertanggungjawab dan berniat jahat. Motif soalan ini ditanyakan dengan tujuan memanipulasikan jawapan yang diberi Perdana Menteri untuk faedah pihak mempunyai kepentingan memburukkan imej kerajaan di mata rakyat,” kata Syed Ali.

Beliau berkata, wartawan itu dilihat tidak sepatutnya mengasak Najib dengan soalan berkenaan kes berkenaan ketika beliau menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina di Ibu Pejabat MCA di ibu negara pada hari itu.

“Bagi saya soalan itu tidak sepatutnya ditanyakan kepada Perdana Menteri yang tiada kaitan langsung dalam kes ini.

“Bagaimana Perdana Menteri menjawab satu soalan yang dia sendiri tidak tahu menahu.

“Kes ini dianggap sudah selesai bila mahkamah sudah menjatuhkan hukuman mati kepada dua bekas polis terbabit,” katanya.

Dalam pada itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dilaporkan berkata, Sirul berhak membuat pendedahan mengenai pembunuhan Altantuya.

Bagaimanapun, Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, polis seharusnya menyiasat apa sahaja dakwaan yang akan didedahkan dan mengesahkan kebenaran setiap maklumat yang akan diberikan Sirul.

– MYNEWSHUB.CC

Video Ceramah Zulkifli Noordin Bahawa Najib Tidak Terlibat Pembunuhan Altantuya

Tags: Altantuyapolitik
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lelaki Warga Vietnam Ditahan Berhubung Kes Bunuh Rakan Senegara

Next Post

Semangat 1Malaysia Antara Kin Tai & Mak Ngah Yang Hebat!

Related Posts

Keluarga Altantuya Mohon Perintah Isytihar Razak Baginda Muflis

Keluarga Altantuya Mohon Perintah Isytihar Razak Baginda Muflis

29/08/2024
0

Keluarga mangsa pembunuhan Altantuya Shaariibuu memfailkan permohonan supaya mahkamah mengisytiharkan Abdul Razak Baginda sebagai muflis selepas dia gagal membayar RM9.2...

TikTok Larang Iklan Politik

TikTok Larang Iklan Politik

01/03/2023
0

PETALING JAYA: TikTok Malaysia tidak lagi membenarkan sebarang bentuk kandungan berbayar yang mempromosikan berkaitan politik dalam platform media sosial berkenaan....

Next Post

Semangat 1Malaysia Antara Kin Tai & Mak Ngah Yang Hebat!

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd