• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hasbullah Awang Lagenda Pengulas Sukan – Ahmad Shabery

oleh Ahmad Albab
12/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menganggap Datuk Hasbullah Awang sebagai legenda pengulas sukan yang sukar diganti.

Menyifatkan kematiannya satu kehilangan besar kepada negara, beliau berkata Hasbullah, yang merupakan pengulas pelbagai acara sukan tempatan dan luar negara, merupakan sebahagian legenda sukan negara kerana telah melonjakkan mutu sukan negara.

“Satu daripada perkara memajukan sukan dalam negara ialah aspek penyiaran yang memerlukan seorang pengulas sukan yang baik.

“Bintang dalam pengulas sukan sukar dicari. Ia datang secara semula jadi dan sekali sekala sahaja. Sukar kita mencari orang yang sehebat Allahyarham,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran AirTimeShare versi 2.0 di sini hari ini.

Ahmad Shabery juga mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan akan menziarahi keluarganya.

Hasbullah, 63, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), di Kuala Lumpur pada 12.20 tengah hari ini.

Kerjaya terakhir Allahyarham ialah sebagai pengulas sukan dengan saluran televisyen Astro Arena bermula Januari 2014 dan sebelum itu beliau berkhidmat dengan Radio Televisyen Malaysia (RTM). – BERNAMA

Tags: Ahmad Shaberyhasbullah awang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Stok Bekalan Beras Negara Mencukupi

03/04/2018
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan sentiasa memastikan stok bekalan beras negara mencukupi mengikut kadar ditetapkan, meskipun berlaku kejadian bencana alam atau...

Buka Peluang Wanita Ceburi Pertanian – Shabery

09/03/2018
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) menggerakkan pelbagai agensi di bawahnya untuk membuka lebih banyak peluang bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd